Breastfeeding and work, let's make it work



I m proud i'm breasfeeding my baby supply the milk to my kiddos. the more amazed i am,
Teringat masa dulu menyusu kan Azeq, boleh di katakan tak berjaya sangat, dapat breastfeed 8 bulan je.. omg... target nak sampai 2 tahun..biasa la anak 1st , tak tau cara penyusuan yang betul, stress susu yang tak banyak la, tapi sebenarnya makin kerap kita bagi susu, lagi banyak susu in progress. pam ikut timing ..baru penghasilan susu yang banyak..

Tapi, bila anak 2nd-Fina
sampai umur dia 2 tahun masih lagi menyusu badan, tu yang manja mengempeng je keje ye..
susu ibu the best formula, budak pun jarang sakit, bukan cakap tak sakit langsung, ada sakit macam demam la flu, tapi sembuh dengan cepat.
masa Azeq dulu puas la keluar masuk wad, kejap demam, then kena admit, then dischage, tak sembuh lagi admit balik..ahhhh tak nak situasi macm tu..
mama yang sihat ni pun boleh jadi sakit duduk wad lama2..



"Breastfeeding and work, let's make it work" 
itu adalah tema penyusuan susu ibu sedunia untuk tahun 2015

HKL ada mengadakan majlis hari penyusuan ibu, so ada la beberapa pertandingan 
aku masuk yang pertandingan Fotografi, itu pun ucu suruh hantar gambar menyusukan Fina,
aku pun sibuk la cari gambar yang tengah menyusukan Fina, cari2 tak jumpa.
decide ambil gambar yang baru, pakai camera hp je..snap terus hantar kat ucu. wasap je pun

Then, ucu call last day cakap aku dapat tempat ke-3..ok la tu rezeki Fina
dalam kepala ni macam2 fikir dapat hadiah hamper la, set mandian baby la, pampes la, toys, 
berangan paling cokia dapat hamper pun jadi la..at least dapat la bawak balik hamper tunjuk kat Azeq..ada macam2 makanan dalam tu, coklat, air gas, junk- food,  mesti suka budak tu..
bukan budak je suka, mak budak pun suka. bukan suka sebab dapat hamper, suka sebab kita nak bagi keseronakkan kepada anak enjoying the food.
 macam kita masa kecil dulu pun dapat coklat sebatang pun suka sangat sampai nak lompat ke langit.. 

cara penyusuan ibu
 Ini la hadiah ye..Flag tempat ke-3

No hamper ye..verangan lebih kan..
tapi pe2 pun Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi.. kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada..boleh simpan kat almari buat kenang-kenangan..
kalu dapat Hamper.. makan2 habis dah, tak ada la kenangan ye..- buat andaian sendiri ko kan....betul tak. Muhasabah diri..walaupun kecewa tak dapat Hamper..
Sob..sob..


susu ibu
 Picture ni la yang aku hantar..simple je..ingat tak menang.
Ambil gambar ni kat rumah mak..Fina tengah main.. aku tangkap dia suruh berlakon menyusu..faham pulak dia tu..tangan dia letak kat pipi aku..padahal tak menyusu pun.. rezeki Fina..Abis berlakon sambung main semula sepah rumah Wan..

cara yang betul penmyusuan ibu
Macam biasa aturcara majlis ada ucapan dari Dato' pengarah, multi media show, teater muzikal.. 
the best part is Teater Muzikal, enjoy sangat, pandai makcik2 kakak2 berlakon, rupa ye ada bakat terpendam boleh jadi pelokon selain dari medical part. 
Ucu pun ada berlakon jugak..tapi malu2 taik kucing..mana tak ye..aku duduk seat depan sekali..vip la kan..asik duduk gelakkan dia je..pastu ucu berlakon jadi malu2 
hahaha padan muka.. 

 ini lah orang ye yang duduk seat depan gelak-gelakan ucu berlakon...kalu boleh gelak golek guling2, aku dah buat dah.. ucu panaz ati je tengok aku..wau wau ampun ya ibuk.


 Dr. Noor Haliza Yusoff, Pakar Kanan
OBSTETRICS & GYNAECOLOGY 


That's all..bye 

........................ 




0 Komentar untuk "Breastfeeding and work, let's make it work"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top