Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Feel Your Beauty

Zie Azi | 4 November 2015,10:46 |
Welcome November !!


Ini bukan iklan jual barang, kawan office yang jual kami tukang beli ja. Kadang2 ada mood nak make-up, kadang2 malas betul nak make-up bagai, keluar sarung apa je yang sempat. Tapi still maintain cun. Tapi kalau pergi kerja, pakai yang simple je. Lipstik, cream dan foundation. Kalau beria-ia make-up nak bangun pukul berapa pulak dengan anak nak menyusu lagi, nak prepare breakfast anak lagi, nak siapkan diper bag lagi. Masa anak dara dulu pun bukan selalu nak make-up sangat pun. Natural beauty katakan and now baru nak tenyeh lipstik sikit dah si kecik "mama yak", terpaksalah konon2 tenyeh sikit kat bibir dia. Lepas tu, tunjuk pulak kat ayah dia cakap "tantekkkkk" So, masa kenduri hari tu try pakai Kryolan Supra. Rasa wow kulit jadi mulus tulus sesuci debu. Tutup semua jerawat yang ada, rasa licin sangat kulit muka. Tiba terus jatuh cinta dengan Kryolan Supra ni. Semalam repert order dengan ucu..nak harga murah je tahu yer.. Mesti la nak harga saudara. 

Petang balik semalam ayam dalam prizer belum bersiang lagi, so balik terus siang ayam. Tiba2 dengar suara laki aku terjerit-jerit panggil aku, ingat anak jatuh ke, sos, kicap pecah ke, dari dapur pun berlari ke bilik, rupanya ni kerja anak dara ni. Dia dah rasmikan dulu Supra aku..adehhhh 'Finaaaaaa' Nak lap bersihkan tak mahu, berlari kejar sana sini tak bagi lap. Cantik sangatlah tu bagi dia.. Fina! Fina! anak bertuah. Tapi yang peliknya macam mana dia tahu yang cream ni letak kat muka, kenapa dia tak sapu kat kaki, tangan, lantai ke dan dia tak pernah tengok aku pakai pun. Sebabnya, ada jiwa keperempunan.ya kot!!

Pujuk2 Fina cakap tak cantik pakai macam ni, the end baru dia bagi lap. Itu pun jenuh nak memujuknya, budak kecil macam ni kita tak boleh cakap kasar, kena pujuk cakap lembut2 dan told her and reason why tak boleh macam ni, baru dia lembut hati ikut cakap kita.

etude house
Ni make-up shading ikut bentuk muka

etude house 
"Feel your beauty " ada tak perasaan ni. Sometime kita rasa "eee cantiknya kulit aku" Ni baru tenyeh sikit, bulu mata palsu macam che tak pakai, lipstik merah menyala macam Nealofa pun tak pakai. Agaknya kalau betul2 make-up dengan bulu mata palsu, buat shading, eye shadow ala2 smoking eye mesti jadi macam gambar bawah ni..hahaha

etude house
Terus tiba2 tukar jadi korean pulak kan. kadang2 perempuan ni perlu untuk cantik, bukan cantik dari paras rupa tapi cantik akhlak. Walau cantik mana pun seorang perempuan itu Allah dah beri kecantikan kadang2 kita terpandang perempuan cantik "Ya Allah cantik ye kau ni" tapi perangai buruk macam setan tak guna jugak. Jadi yang membezakan kita adalah kecantikkan hati dan akhlak.

Kita tak boleh mengubah wajah kita. No! No! berdosa besar mengubah kejadian Allah. Tetapi yang boleh ubah adalah kelakuan kita. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik, InsyAllah. Ramai orang yang cantik pada mulanya, tengok muka dia tak berkedip mata tu. Tetapi apabila kita mula bercakap dan bergaul dengannya kita sudah tidak mengkagumi kecantikannya. Tetapi berapa ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila mula mendekatinya dan bergaul, semakin hari semakin menawan pulak. Sudah terlindung dengan kekurangan pada wajahnya dengan akhlaknya yang baik.

 Tips kecantikkan yang simple :

1. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
    - Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kalau kat rumah tak payahlah sapu itu ini, cukuplah dengan wajah yang bersih.

2. Don't worry be happy
    - Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat. Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik.

3. Ketawa penghibur duka
    - Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan keluarga atau kawan2. Jangan menyendiri atau tarik muka masam. Itu hanya akan menambah kedutan di muka. Dengan melakukan senaman senyum, kuranglah garis2 halus di muka. Ingat tu, senyum selalu.

4.  Doa dan zikir2 munajat kepada Allah
    
    - Salah satu doa yang boleh kita amalkan :
"Allahumma kamaa hassanta khalqii, fahassin khuluqii."

dan selawat ke atas nabi, sambil jalan, sambil drive, sambil duduk rehat selawat ke nabi dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t




Sekian untuk info kali ini.





-zie-
.....................................

9 Komen untuk "Feel Your Beauty"

betul tu kak.. cantik biarlah luar dan dalam :D
nice sharing, kak :)

Nice tips... btw.. cikla already follow u.. keep in touch k...

singgah pagi
anum follow u back ya

hahaha.. pandai fina nk cantik juga mcm mom dia

si kecik tu pantang jumpa lipstik ke, powder ke, maskara ke, msti di try..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top