Hebatnya Susu Ibu




Ini baby Fina masa umur 10 bulan. Saya pernah buat entry breastfeeding dulu. Kat sini ada cerita pengalaman menyusu anak pertama dengan anak ke-dua. Berbeza sangat dengan anak 1st and anak 2nd, bezanya adalah dari segi pengalaman menyusu. 

Bila Pregnent anak ke-dua dah tekad dalam hati 'aku nak menyusukan anak aku hingga umur 2 tahun'. Alhamdulillah hampir 2 tahun Fina menyusu badan, sampai sekarang pun Fina menyusu badan. Insyallah bila kita dah pasang niat, Allah akan permudahkan.

Fina tak kuat menyusu, tapi dia kerap makan. Budak gurl memang macam tu kot. Mungkin dia kenyang dengan susu ibu. Macam Azreq pula, dia kuat menyusu sangat sampai top-up susu formula, mungkin sebab boy kot. Fakta tu boleh pakai.  

Masa Fina baby, time balik kerja kalau nampak aku depan pintu macam nampak botol susu, tak sabar nak menyusukan Fina. Sangat2 bersyukur tak semua orang merasa menyusukan anak sehingga 2 tahun. 

Kalau nak cerita khasiat susu ibu, satu entry pun cukup. Tapi apa yang nak disampaikan di sini ibu  yang bekerja macam aku ni pun boleh beri susu ibu yang secukupnya.
 
penyusuan ibu
Dulu pun aku tak tahu cara menyusukan baby dengan cara yang betul, itu yang ada puting merekah, berdarah, melecet. Ada caranya menyusu dengan betul, puting kena masuk dalam mulut baby. 

Nak tahu baby dapat susu ke tak, tengok pipi dia. Kalau kembung2 macam minum air itu maknanya susu sampai ke tekak baby. Baby akan kenyang dengan cepat. Bila baby kenyang dia pun dapat tidur dengan lena.

Kalau menyusu badan boleh kurus, betul ke ? Tapi ikut pengalaman aku, itu betul. Ibu cepat kembali ke bentuk badan asal. Masa dalam pantang sebulan aku boleh turun berat badan dalam 12kg dari berat asal mengandung 65kg. 

Rahim pun boleh kecut dengan cepat, rahim kita sebesar penumbuk je, kalau tidak kecut sebab apa. Aku bukan doktor nak explain macam2. Rahim wanita sangat berharga, boleh besar, lepas tu mengecut balik seperti asal. Amazing kan !!

Sekarang ada macam2 alternatif nak menyusu. Ada jubah breastfeed, blous, baju peplum pun ada untuk breastfeed. Breastfeed bukan alasan untuk tidak boleh bergaya. if nak menyusu on public, boleh pakai nursing cover. Tak ada masalah nak menyusukan Fina. Senang sangat, tak payah nak sibuk2 bawak botol susu, termos ke, aku la botol susu tu.

Walau bagaimanapun, breastfeeding tak semudah yang kita sangka. Kena ada semangat yang kuat dan support from all family members. Insyallah di permudahkan.
"Breastfeeding and work, let's make it work"


Hebatnya Susu Ibu





-zie-
..............................
12 Komentar untuk "Hebatnya Susu Ibu"

nikmat terbaik yg Allah kurniakan buat ibu dan anak

betul tu anum, senang xpayah nak bawak botol susu..

betul Anies, nikmat yg terbaik utk rezeki anak

Nice nya kak. InsyaAllah bila sy ada anak nak tekad juga susukan dua tahun. ^^

Dekat sini, ada recruit volunteer for breastfeeding clinic. Saya teringin nak join sebab saling menolong new mothers, saya pun boleh belajar sekali tapi pasal kekangan masa, saya batalkan niat saya.

belum ada pengalaman lg.. someday kot. tp masa baby mmg menyusu smpai 2 thn

Tu la Eyqa ms bby 1st xde pgalaman, tp bila 2nd je trus tekad nk breastfeeding 2 years.

best yer Farah ada clinic mcm tu, kt Malaysia mmg ada tapi kurang pendedahan & promosi, tak ramai yg tahu.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top