Goodies bag untuk Kawan-kawan Azreq | Belon Ultraman



Kalau bab-bab macam ni, biasa mak-mak yang lebih kuah dari nasi. Dia punya excited macam dapat gelang sampai ke bahu. Betul tak ! betul tak ! Start dari cari belon Ultraman sampai lah ke packing Goodies bag mak-mak sanggup tidur lewat. Kalau si ayah buat tak tahu je, tak cukup duit mintak. hihii Bukan dia ambil port pun. Laki aku jenis bukan dia tak ambil tahu langsung, dia tak tahu nak mula dari mana. Biasa mak-mak yang kreatif lebih nak buat itu ini. Bapak-bapak ni lebih kepada support apa yang bini dia nak. Kitorang banyak berbincang nak beli kat mana, nak tempah kek kat mana.. nanti dia bagi pendapat. Boleh terima pendapat dia tu, kalau ikut hati dan kepala otak aku ni, rasa semua tak cukup je. Tapi, betul cakap laki aku. Semua yang di plan just nice ! Nasib baik aku mendengar nasihat, kalau tidak aku di persalahkan..berani u

Mula-mula fikir nak sambut birthday boy kat luar. Choose je mana-mana restaurant lepas tu beli kek, makan-makan dengan family. Simple. Lagi best boleh sembang gelak beso dengan family. Mama yang syok sendiri.haha Tapi kesian pulak kat Azreq dia nak sambut birthday dia dengan kawan-kawan kat sekolah. choo cho rasa dah beso anak mama.

Belon Ultraman 
Setimbun belon Ultraman, fikir nak simpan mana pulak.

Ada 1 malam tu, aku paksa laki aku tiup belon tukul ni malam-malam. Bukan tiup pakai mulut pun, pakai pam tangan, lagi senang kerja. Pam belon tu beli je kat kedai belon RM5.90 atau kat DIY pun ada jual. Buat benda ni kena tunggu kiddo tido, kalau tidak hancuss program. Sambil-sambil tengok tv, dari tangan tu tergantung takde buat apa-apa, aku paksa laki aku tiup belon. haaaah

Lepas tu, aku sorokkan belon yang dah tiup bawah katil, bajet depa tak boleh jumpa lah. Esoknya, depa jumpa jugak. adehh !! tapi dia dah janji nak bagi kawan-kawan kat sekolah. Good boy.

Muka suka giler sebab dapat jumpa belon berlambak bawah katil. Cadar katil pun Ultraman tau.

Si Kecik pun nak posing jugak

DIY Goodies bag
Dah siap, tinggal nak packing isi dalam.

DIY Goodies bag 
Kerja packing menpacking pukul 5 pagi tau, kalau tidak elok-elok dapt 30pcs kang tinggal 20pcs sebab balance dah masuk mulut.

DIY Goodies bag 
Done, siap dah goodies bag untuk kawan-kawan Azreq. Pagi nanti sambut birthday boy kat sekolah.

see u !!




-zie-
0 Komentar untuk "Goodies bag untuk Kawan-kawan Azreq | Belon Ultraman"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top