Last Shopping Raya



Tah berapa kali nak shopping pun tak tahu lah. Perempuan & shopping tak dapat di pisahkan. Kalau merajuk dengan laki, laki ajak shopping terus bertukar wajah. Tadi muka macam Pontianak Harum Sundal Malam tiba2 terus jadi princess, dari mulut muncung macam itik terus senyum sampai ke telinga. Pantang di ajak, laju2 siap nak shopping. Nak pujuk pompuan ni senang je, ajak shopping confirm tang marah, geram, benci tu hilang serta merta.*kui2

Dalam 1 bulan pose, 1 hari mesti nak jalan terjah jalan Tar. Aku sampai sana dalam kul 10.30 pagi. Elok sedang sangat timing, kedai pun baru bukak, orang pun tak ramai bersesak2. Kalau nak shopping elok pergi pagi. Aku memang very the particular about timing. Kalau kata nak gi pukul 10, pukul 9 aku dah siap. Pukul 10 dah terconggok dah.

jalan tar
Ni dah mula ramai orang, dalam pukul 12. so better i cou cin cau. Tak sanggup nak berlaga2 bahu. Nak jalan pun langkah macam kura2.

burung merpati
Tengah round the world, terjumpa pulak burung ni kat salah satu kedai. Elok je dia bertenggek kat situ memerghati orang ramai, tak melarikan diri ke haper. Ni burung belaan tuan kedai tu. Jinak pulak tu, boleh pegang2. Aku ingat dia boleh cakap beria2 la aku cakap 'Hello2'. Sekali owner cakap dia tak boleh cakap la. pee daaaa

Tujuan utama gi jalan Tar nak cari Kurta & Dokoh je. Boleh tengok sini cara nak tampal dokoh macam mana. Tapi, kurta tah mana, lain hajat di hati lain pulak yang jadi nyata. Tu la orang tua2 kata tak semua yang kita rancang menjadi, semua tu ketentuan Allah. Muhasabah diri. Tengok !! Dua barang tadi beranak jadi berapa barang.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

baju peplum budak
Semua ni untuk depa. Untuk diri sendiri. NOTHING !! huhuu

 
Sibuk betol si kenit ni. Asik cakap 'baju Fina, baju Fina' yelahhhhh nak oi, mama bukan muat pakai punnnnn  
  
Dah hampir penghujung bulan Ramadan, rasa sedih pun ada. Gembira pun ada. yang gembira of coz la RAYA. Tah bertemu lagi ke tak Ramadhan akan datang.  




-zie-
Tag : Hari Raya
5 Komentar untuk "Last Shopping Raya"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top