Finally, Wean Off !



Entry yang lepas ada share pasal breastfeeding. 

Alhamdulillah Fina secara officially dah wean off (putus susu badan), umur 2 tahun 7 bulan. Tak tahu nak cakap perasaan sedih ke gembira. Mencabar jugak la nak wean off kan Fina. Gigi dah beso macam kapak, tiba masa ye untuk putuskan susu badan, memang aku dah niat nak susukan Fina sampai 2 tahun. Dapat lebih dari tu, alhamdulillah la. Sape tahu Allah nak bagi rezeki Fina dapat menyusu lebih dari 2 tahun.

Aku bagi direct (susu dari ibu ke anak), dah nak start keje baru buat stok susu. Bila kat office aku pam, balik dari keje je terus bagi direct. tu yg payah sikit bila anak dah biasa menyusu badan tiba2 nak stop kan. Off coz la susah. Macam2 drama sinetron melayu, tapi yg lebih touching mak2 la, i cannot laaaa

Percubaan pertama, mula2...
Aku letak colgate, hahaa  rasa riso jugak la nanti dia pedas ke, nak air ke. Sekali, elok sedap dia menyusu, siap request mintak sebelah lagi. Menjadi2 nampak. eh dia ni tak rasa ke mama letak colgate. Compius aku, ke aku letak gula2 tadi. Kut dia rasa sedap ada rasa mint2 sikit. Percubaan pertama gagal !!

Percubaan ke-2
Aku letak nescafe. Kena marah pulak dengan laki aku. Tapi tak function pun sebab nesface kan serbuk. Bengong hahaa

Percubaan ke-3
Kemudian aku letak bawang putih, mula2 dia isap rasa pahit payau. Lama2 kan rasa pahit tu hilang, eiii kemain menjadi2 dah macam anak monyet, tergantung taknak lepas.

Percubaan ke-4
Aku letak gincu, gincu yang merah menyala macam darah tu. Lepas tu aku cakap la 'nenen mama darah Fina gigit' Lepas tu, dia taknak sekejap. Time tido malam paling hazab sekali, terpusing sana terpusing sini. Macam ayam berak kapur, ada rasa simpati nak je aku sumbat bagi nenen. Aku cakap kat laki aku,  
'yang nak bagi nenen ke haaa' 
laki aku cakap 'bia dulu kena la kuat'. Last2 aku yang tewas, hati seorang ibu. Bagi jugak nenen. Sebab dia tak boleh tido, kesian pulak. i connot laaaa

Hampir, 3 minggu jugak la cuba latih untuk putuskan susu. Kejap on bagi nenen, kejap off bagi nenen. Ambik masa untuk sesuai kan bagi full susu botol. Aku guna teknik yang sama letak gincu. Itu pun lepas lebih dari 10x percubaan letak gincu baru betul2 officially wean off. Sekarang, kalau nak tido dia nak susu je. Habis susu baru dia tido, Fina ni tertib sikit. Dah habis susu, botol susu letak tepi baru dia tido. Jangan si Azeq, campak je botol tah mana2 botol tu bergolek. Nak susu baru tercari2 kan.

 hai i'm such a big gurl.

Satu tabiat Fina kalau dia nak tido, dia nak gentel perut. Masalah ye bukan dia gentel perut dia, dia gentel perut haku. Tah hape syok sangat sampai boleh bawak ke tido. Tau la perut aku ni ada banyak lipatan dalam kulit.

Dengan tabiat Azeq gentel siku, dah macam haper aku ni tido terpaksa terlentang yang kiri gentel siku, yang kanan gentel perut. Korang dapatkan bayangkan tak aku tido mcm mn, tido macam barbie doll yang comel. Hangin 1badan pun ado, tapi memandangkan karenah anak lain2, layankan je la walaupun mak ko ni kdg2 sakit pinggan, sakit leher tapi ku tahan labu. Siku, perut apak dia taknak pulak direbutkan. Compius !!


Bila dah officially wean off, rasa rindu dengan moment breastfeeding. Baby ni boleh kenal bau ibu dia walaupun ibu dia lalu je. Kalau nak keluar ke mana2 ke tak payah susah2 nak stanby botol susu, termos la, aku la botol susu dia. Agak2 haus je, cari port baik terus susu kan, susu terbaik dari ladang adalah susu ibu la. Sangat bertuah ibu2 yg dapat menyusukan anak tak kira lama ke kejap, yg penting anak dapat susu dari ibu. Rasa lebih dekat & rapat dengan anak. So mommy yg still breastfeeding 'Congratulation Mommy' & teruskan breastfeed untuk anak ke-2, ke-3, 4 xxx


-zie-
2 Komentar untuk "Finally, Wean Off !"

Waaahhh congratulations, dah wean off! ;)

Bagusnya dapat susukan anak lama..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top