Layan jus mangga susu dengan burger ayam, murah je !!



Layan mangga susu dengan burger ayam di taman pinggiran Batu Caves. Baru2 ni ada viral jus mangga susu dengan burger ayam murah tak sampai RM10

Betul ke ?

tempat yg di viralkan dekat sangat dengan rumah mak kat gombak, alahai dekat sangat kalau naik moto tak sampai 5 minit, kalau jalan kaki hohoho penat jugak la. Tiap kali lalu, memang tak putus org beratur.

Lepas tu, ada malam tu tiba2 rasa lapar. Dah pukul 11mlm kot. Malam2 buta lapar boleh mengemukkan ni, adik aku tu kalau bab makan dia memang rajin pergi beli. Kalau suruh beli kunyit, garam, santan ke malas memanjang. Kalau bab makan, belum abis cakap dah berdesup pergi. Tiba2 kang McD, burger dah sampai rumah, patut la kou gemoks. hahaha

jus susu mangga dengan burger ayam 
Gerai ni la yg di viralkan sedap & murah tu. 

Ternyata bukti memang sedap & murah. 

Lokasi : depan pangsapuri Saujana, Pinggiran batu Caves. Dekat dgn speedMart 99

lokasi sebetul tak tahu nak describe macam mana, sebab gerai ni tepi jalan je, google je la senang. Tengok wave ke senang kan, ada yg beratur dari kajang, gila kou dari kajang semata2 hunting benda ni. Memang cop food lover betol la. Bila dah jadi viral, ramai orang turun nak rasa, ada yg viral memang betul sahih, sedap, ada yg viral indah khabar dari rupa. Tapi yg ini, memang betul sedap.

jus susu mangga dengan burger ayam 
ultimatum RM9, boleh makan untuk 2 orang. Besar dari tapak tangan, sos memang dia tak letak. Boleh letak sos sendiri macam kat mcD, KFC tu. Kat sini ada ayam je, daging tengah nak cipta resepi. hahah
 
jus susu mangga dengan burger ayam
Crave, yang biasa RM5. Kou tengok cheese dia meleleh, bertakung dalam bekas tu. Ayam dia rasa mcm zinger burger kat KFC pun ada, kejap2 rasa macam chicken mcDeluxe yg mcD pulak, mana2 la, janji puas hati makan.

Jus susu mangga aku datang nak rasa !!

 susu mangga sedap & murah

jus susu mangga dengan burger ayam 
ni lah jus mangga susu yg di viral sedap tu. 

Kecil - RM4
Besar - RM5

Beza senggit je dengan yg besar, lebih baik ambil yg besar kan. Tapi masa beli hari tu yg besar dah habis, so ambil yg kecil. 

 Review : Sedap, tak manis sangat, tak muak, boleh rasa ketulan buah mangga kat dalam tu. tip top 

Keseluruhan bagi 4/5 bintang

jus susu mangga dengan burger ayam

jus susu mangga dengan burger ayam

Ayam crispy bagi 2 ketul atas bawah, tengah2 ada 2 ketul sosej, ni makan ke melantak. Sape yg suka isi ayam, memang highly recommended sgt. Tapi boleh tak nak tambah sikit, tambah roti bijan atau garlic bread ke mesti bertambah sedap lagi. Kenyang sampai esok pagi hahaha

Tapi mungkin owner ada sebab kenapa dia cipta resepi mcm ni, kebanyakkan orang tak makan roti sangat, kadang2 ratah ayam je, roti buang. Mungkin sebab tu owner cipta resepi mcm ni, crispy ayam tanpa roti, kalau add roti tak jadi la harga RM9, mungkin up lagi, Tak dapat la makan burger ayam murah dah, betul tak!! hohoho pandai2 je kou Suzie, buat andaian sendirikkkkkkk... !!



-zie-
Tag : Food
1 Komentar untuk "Layan jus mangga susu dengan burger ayam, murah je !!"

Nampak sedap sangat. Cam nak ajak laki pergi makan. Haha.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top