Pampes PetPet, percuma baucer tunai RM15



Hai korang !!

Siapa ada anak kecik yg still pakai pampes lagi, meh nak cerita sikit. Tapi untuk pampes Petpet je. Pampes lain tak kawan sebab anak kita serasi dengan Petpet je. Dulu pernah pakai Drypers, MomyPoko, terus naik merah2, terus setia dengan Petpet.

Setiap bulan mesti buat stok pampes & susu budak2. Ada anak kecik macam ni la perangai. Asal ada promosi laju2 aku pergi cari. Kebetulan stok untuk pampes Fina dah nak abis. Sekarang yg pakai pampes Fina je, Azeq dah beso tak pakai pampes dah. Jimat duit beli pampes untuk Fina je. Fina pun sikit lagi free diapers la. Sekarang tengah ajar dia sikit2 free diapers. Kadang2 tu sempat jugak sampai tandas, kadang2 melepas tengah jalan, takpe2 asal ada kemajuan jadik la. 

Free baucer tunai!!
Sekarang harga pempes standard la, kalau kurang pun beza sen2 je. Kadang2 kalau beli time promosi ada free gift tisu la, towel ke kadang2 dapat baucer tunai. Lepas tu, tengok pampes PetPet ada Free baucer tunai RM15, terus rembat dua. Bulan depan tak payah beli lagi. 

Pet Pet, percuma baucer tunai RM15

Pet Pet, percuma baucer tunai RM15
expired lambat lagi sampai 31 Disember 2016

Pet pet Drypants ni berguna sangat, time outdoor aku pakaikan Fina DryPants. Kalau tengah shopping, tiba2 budak berak pulak. Ada setengah shopping complex yg takde baby room, nak baring tang mana nak pakai pempes. Fina pun kadang2 kalau keluar bejalan pakai Drypants. Kalau dah overload kencing banyak sangat senang tukar sarung je, RM5 pun sape nak bagi kan. Sekarang dia dah pandai cakap, kalau kencing banyak je dia bagi tau 'mamaaaa kencing banyak' maksudnya dia nak tukar pempes baru, kadang2 tu tak berak pun dia cakap berak..adehhhh !!

Pet Pet, percuma baucer tunai RM15
Baucer ni boleh pakai kat Mydin, Econsave & Billion. Bacalah syarat2 dia kat belakang tu. Nak beli on9 pun boleh la. Takde hal, senang sangat.

Habis cerita pasal pampes nih. Sekarang nak masuk tajuk susu Dugro pulak. Kadang2 kalau beli susu time promosi ada gift yg dia bagi. Budak2 ni serasi minum susu Dugro, Kebetulan hari tu beli susu RM50 ke atas dapat percuma beg. Tapi promosi ni bulan lepas punya kot, tak tau ada lagi ke tak. Pembelian susu RM50 ke atas dalam 1 resit dapat Free satu beg ni. Sanggup la aku pecah kecilkan resit semata2 nak dapat dua beg. Kang berebut budak dua orang ni. 

promosi susu dugro
Ada dua pattern School Bus dengan Bomba, Azeq dah cop dia punya yg bomba. Meterial plastik

promosi susu dugro
Besor jugak beg ni, boleh sumbat 1 pax susu 900g tu pun ada ruang yg boleh masuk lagi. Beg ni boleh la isi barang make-up ke, spender, stokin, hand towel ke sebab beg ni berzip.

promosi susu dugro
Besar beg ni, aku pun tak fikir lagi nak taruk pe.

Hari tu ucu berebut dengan Azeq nak beg ni, Adehhh ucu ni beg budak2 macam ni pun nak jugak ke. Ucu ni sedar tak dia tu dah pangkat nenek2 yg dah bercucu, Tapi ucu ni nenek yg vouge tak mengaku dia tu dah tua becucu. Lepas tu, ucu buat pulak perjanjian dengan Azeq kalau Azeq bagi beg ni nek cu akan belikan dia mainan Ultraman yg besor. eeei terus bagi kou dengar nak belikan dia mainan. Tapi mainan tu pending sampai sekarang dan sampai sekarang jugak la dia tuntut sampai ke lubang cacing.

Asal nampak muka nek cu je terus dia tuntut Ultraman besor, nak ultraman je jangan cobak2 umpan dia dengan mainan minatang lain, dah janji ultraman, nyata ye ultraman jugak la kannnn. hak hak hahaaaa tu la buat janji lagi, budak ni kalau dah berjanji, selagi tak dapat, selagi tu la dia berzikir kat telinga.



-zie-
Tag : Promosi
11 Komentar untuk "Pampes PetPet, percuma baucer tunai RM15"

Hahahaa tu yang bagus dengan otak budak-budak.. Boleh ingat. Kalah kite yang orang dewasa ni 😂

alahai..bestnya...kita tak dapat pun masa beli pampers dua tu,dugro pun tak dapat...rugilah tak beli kat mydin..ingat nanti nak cari kat mydin la...anak pun dah guna pet pet skrg ni..dugro pun sama...

biasa sy beli kat giant,bila hrga promosi stok pun cepat habis.tension je

tu la jgn berjanji dgn dia, smpi tulat la dia tuntut
hahah

kena pndai cari hrga promosi..

xpenah try lg pet pet, guna drypers..tp sekarang drypers dah nipis tak macam dulu..igt nak try brand lain plak, senang sgt bocor. Anak kite pun minum Dugro=)

Seronok kan bila dapat baucer tunai..

Cantiknya beg tu...tapi anak tak minum susu lain....tak boleh tukar.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top