Tutorial shawl yang mudah di pakai



Biasa lunch hour yang panjang kitorang akan keluar jenjelan. Kalau duduk terperap dalam opis bosan jugak kan. Tapi hari tu memasing membuta, sampai ada yg lawan dengkur sape paling kuat. eh2 ni dah macam bunyi katak memanggil hujan, compius aku bunyi katak atau bunyi dengkur. *negegee Nasib tak rakam je, ehaha kalau rakam jadi bahan kang. So, aku yang tak boleh membuta ni, bermain bersama camera la pe lagi.

ssssshh..depa tengah tido.

Sekarang ni gi kerja pakai shawl je atau pakai shawl instant. Kalau dulu pakai tudung yang ada awning yang mcm mak datin ala2 Fareeda tu. Sekarang dah jarang pakai sebab susah nak basuh, hahaha reason tu boleh pakai ke? Sebab tak boleh campak basuh pakai mesin, maksud nya malas nak basuh pakai tangan. haaa tu key word dia MALAS..hahaha

Biasa pagi nak gi keje memang kelam kelibut, kadang2 siap dalam gelap, pakai lampu samar2 yg warna oren tu..rimas mak, nak buat macam mana kang kalau bukak lampu anak jaga, kalau nak siap kat bilik sebelah segala barang make-up, pin tudung, cream muka takkan nak berhangkut ke bilik sebelah.. dalam redho & rela bersiap la dengan lampu samar2 oren tu. tu yang kadang2 sampai opis Nana ke Sarina selalu tegur

'ko memang pakai tudung macam tu ehh'
'gee, layer yg belah atas jatuh'
'Gee, nape yg belah atas tu berdouble'
'weh nape bedak ko berbelak'
 
Boleh bayangkan tak, sepanjang jalan dari rumah ke opis dengan gaya tudung gitu, satu lagi yang tak boleh blah, BEDAK BERCAPUK...gila malu jalan kaki dari parking kereta ke opis dengan cream muka tak rata. Tah2 ada mamat yg tengok2 aku jalan hari tu perasan macam aku lawa kan, dalam hati 
'kak, bedak bercapuk'
Rasa nak tekup muka dengan bantal. Harap2 tak jumpa lg mamat tu, HKL ni kan besar.

Kat sini ada beberapa style shawl yg biasa aku pakai, sangat mudah & cepat. cekedaut!!
 
Biasa pakai shawl macam ni, senang & cepat.


gaya gini, muka aku kurang sesuai. Sebab bila aku pakai gaya macam ni. 
Muka jadik Thomas N Friend. Bulat mcm bola.

 
Selalu pakai macam ni, bila nak keluar. Pakai tudung wide shawl yang tak payah gosak. kedut2 tu style.

Gaya ni? hampun tak reti SEBAB kalau pakai macam ni, alamat tinggal serkup je la, dek kena tarik dengan Fina

Simple kan gaya shawl mcm ni, ikut selera masing2.
Kadang2 aku tengok ada minah ni pakai tudung belit2, letak dah siap, tapi sebab muka dia lawa pakai buruk macam mn pun tetap lawa, cun melecun. Can u imagine, contoh macam izara aisyah memang dia lawa, cantik, kalau dia pakai tudung cokiya pun org still akan cakap lawa. Kut suka la nak pakai mcm mana pun, janji tak tersasar dari aqidah islam sudeh.



-zie-
5 Komentar untuk "Tutorial shawl yang mudah di pakai"

Layan je julia tgk satu2 tutorial zie kongsikan...tergoda tau nak try...sekali terbelit sorang2 hahaha

mudah kan dapat jimat masa

Nak tiru semua rasa tak lah kot pilih style yg mudah dan depat hiii..

kalau dia lawa, pakai tudung saji pun cantik..hehe.saya tak pandai lilit shawl,sis. bawal gak ending dia

Betul paling senang pakai shawl double loop. Kuasa nak belit2 bila anak tarik. Sure everytime nak pakai balik shawl dah jadi pesen lain. Haha.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top