Spec mata jatuh dalam lubang shower



Sambung cerita Mandi di Hot Spring Sg. Klah Sungkai

Cerita ye macam ni

Tengah nak tukar baju kat shower room, aku cari tempat nak letak spec. Selalu, tak pakai pun spec, tiba2 ari tu terpakai & terbawak ke shower room pulak. Cari punya cari, sangkut kat tombol pintu. Lepas tu tersenggol pintu terus jatuh dalam lubang air mandi tadi. oh NO!! tolonggggg !! (dalam hati) Nak menjerit malu, terus nangis la. Korang dpt bayangkan tak kalau lubang air shower tempat2 mcm ni macam mana ~!@#$%$^%& kan2 dpt bayangkan!! dengan berambut2 penuh kat situ, cebisan sabun la. Kou ghaser nak seluk tangan ke tidak? 

Dah la pandangan kabur, di tambah air mata menjejeh lagi la kecewa & Sedih. Careless ye aku!! Hanya org yg pakai spec je tahu perasaan kalau spec mata hilang, patah ke, terpijak ranap ke. Lepas tu, pergi kat Amir nangis2, aku cite la gan Amir spec mata jatuh dalam lubang mandi. Sambil kesat2 air mata gan cebik2 bibir...eee buruk tol. Lepas tu, Amir pujuk nanti buat lain la, kang dia bagi duit la. Masalah ye sekarang ni aku kat kampung. Lagi 2 hari nak balik KL. Dalam 2 hari tu, tak nampak la. huwaaaa nangis lagi. Hari nak senja ni, sambil jalan nak balik aku nangis je, lepas tu Amir ajak 'ma, jom cari kat shower tadi' Pergi la kitorang anak beranak. Tak de org dah kat situ, hari nak gelap. Kat dalam shower tu seram pun de gak, yela senja2 gitu. Takut tak!  takut tak!

Amir pergi kat sawit belakang tu, boleh pulak dia jumpa hanger. Dia jolok2 dengan hanger. Dalam ye, Amir cakap. Lepas tu dia ambil getah paip, dia jolok2, dia rasa ada benda kat bawah. Amir seluk dengan tangan, tak dapat. Lepas tu seluk lagi. Sampai aku cakap 

'tak payah la bang, kita buat lain je la'  

tiba2 jeng2 jeng2 dapatttttttt My nyawa!! Terus aku nangis + touching. Bukan nangis sebab dapat spec, Nangis sebab kesusahan laki aku seluk tangan dlm lubang tu tanpa geli ke haper. Walaupun dia tak romantik, tak bagi bunga, tak buat surprise dinner ke, tutup2 mata, memang tak la, takpe ai is redho kdg2 teringin jugak nak dapat bunga sejambak, kadang2 pengorbanan dia tu lagi besar dari apa yang kita tak nampak. Huge u ketat2, nak munga  plezz.....

Lepas tu kitorang berjalan balik anak beranak ke parking kereta, kat dalam tu dah gelap sampai Thomas n Friend pun taknak hantar. Sebab dah habis shif pak cik tu cakap. ishhh pakcik ni, elok je pakcik tu lalu sebelah kitrang naik moto RXZ kou, cayalah la pakcik. Bukan nak tumpangkan kitrang. Sampai kereta gam2 bunyi azan. Alhamdulillah, spec mata aku jumpa balik. Kalau tidak terbang RM500 *giggle

Azeq : mama ni asyik nangis je, dah jumpa spec pun nangis

eee geram ye aku, budak pipi pau ni. Cubit2 pipi dia. Pandai cakap macam org tua.
#LOVE

spec mata murah 

ends



-zie-

Tag : Lifestyle
10 Komentar untuk "Spec mata jatuh dalam lubang shower"

haha...nasib baik boleh dpt balik spek tu

bagi org yg rabun mcm kite ni, spek adalah nyawaaaaa~

bab xromantik sameeee jek dgn husband kite (T_T)

kannnnn,org rabun mcm kita ni spec my nyawa
hahhaa

alahai...kesiannya...kita pun pernah jadi mcm tu jugak...tp spec dipatahkan oleh anak dara sorang tu..huwa...nak menangis mak dia sebab spec tu baru ke beli

zie...mujur my nyawa tu x retak...kena rendam dgn sabun byk2...sure julia faham sebab my hubs pun pakai spec...mmg tu nyawa mereka...wooww mandi kt hot spring ye...julia pernah ke sana...syok

tu la kan juju,riso retak je.klu jumpa dh retak tak boleh buat pe jugak..

tu la sush org yg pki spec ni,sape yg mata terang lg..jaga lah kesihatan mata amat penting ..

baru nak suggest belila contact lenses, hehe..nasib tak patah yek.

pki time ada function je..hahha
ari2 biasa pki spec senang cpt,sarung je
hahaha

hehe..baguslah.lain orang lain cara tunjuk romantik dia.dah, jangan nangis lagi ye..haha

selamat dompet..kalau tak sure kena beli baru

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top