Teringin makan Siakap Stim Limau kat Wira Seafood batu 8, Gombak



Malam minggu kita gantung kuali, ting2 tong2.......(ketuk2 kuali)

Plan nak makan kat luar, yg ada kat rumah pun aku gan kak Ya, anak mak yg lain semua keluar detim, amboi2!! Mak tiba2 teringin nak makan Ikan Siakap Stim,  Tapi nak makan kat Wira Seafood yg kat batu 8 Gombak tu. Restoran seafood lain takmo, dah macam org mengandung pulak mak ni. Kalau korang nak tau, dulu jalan Gombak ni la laluan setiap hari pergi & balik kerja. Dulu duduk kat kuartes JHEOA, kadang2 balik keje dah malam, punya lah takut drive sorang2, bawak kete dah macam drift, layan bengkang bengkok sampai dah naik hafal selekoh tu tajam mana. Takut la kata kan, drive sorang2 dlm gelap HaHaHa Setakat ni duduk sana tak pernah la jumpa apa2, tapi mengusik buat kawan tu ada la...eeeee takut !!

Selepas mak baik dari sakit selera mak bertambah2. Alhamdulillah doakan mak & abah sihat. Jom la JJCM bawak family eating out.

Wira Seafood batu 8, Gombak
 K.A.M.I with happy smile.
Aku send gambar ni kat group family, memasing jalez nape tak ajak la, dah tu korang jalan tak ingat kami ponnnnnn.

Wira Seafood batu 8, Gombak
 ikan2 yg fresh

Wira Seafood batu 8, Gombak
 tu dia, ikan Siakap Stim Limau. Memang terbaik seafood dia, kitorang sampai awal, tak ramai lagi. Tak lama tu mula penuh org.

Wira Seafood batu 8, Gombak
 tom yam wajib ada, dah makan kedai seafood tom yam mesti ada. yg sebenar ye aku yg nak tom yam tu..hehehe

Wira Seafood batu 8, Gombak
sup sayur, mak nak makan ini.




-zie-
Tag : Food
5 Komentar untuk "Teringin makan Siakap Stim Limau kat Wira Seafood batu 8, Gombak"

wahhhhh lapar terus :P
mellyacrayola.blogspot.my

Meyelerakan...! Kuah siakap stim nampak sedap. Nyum nyum.. :D

ok scroll laju2 sebab lapar tgok gambar

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top