Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

20 Tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Zie Azi | 20 December 2016,14:20 |
Cuti sekolah pun dah nak berakhir, lagi dua minggu nak masuk tahun baru 2017. Mesti ada di antara korang yang takde masa nak bawak anak bercuti. Masa pun dah suntuk nak bawak anak bercuti jauh2. Lagi jauh bejalan lagi banyak duit keluar, bila bukak sekolah nanti mesti banyak nak pakai duit.

Budget percutian ni berdasarkan saiz poket korang, budget besar boleh naik belon. Budget ciput, pusing2 dalam Malaysia je, yang mana tinggal di sekitar lembah klang takde plan nak bawak anak2 jalan ke mana? Ada 20 tempat yang menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh di lawati.


Berikut adalah tempat menarik sekitar Kuala Lumpur & Selangor

1. Kuala Lumpur Upside Down House



Kuala Lumpur Upside Down House rumah terbalik pertama yang ada di Kuala Lumpur dan tertinggi di Malaysia. Menurut sumber facebook Kuala Lumpur Upside Down House kereta Morris 1974 ini adalah original classic. Body je yang tergantung, perkakas dalam dah di tanggalkan.  Bahagian dalam pulak rekabentuk rumah terbalik yang sebenar.

Lokasi : Menara Kuala Lumpur KL Tower
Masa : 9 pagi - 7 malam 
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad

Tiket masuk 
MyKad
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10
Facebook : Kuala Lumpur Upside Down House 

2. Aquaria KLCC


Aqurium terbesar 60,000 kaki persegi menempat beribu spesis hidupan laut, antara tarikan adalah menempatkan ikan piranha, ikan jerung, ikan pari, octopus, penyu yang mempunyai saiz luar biasa. Terowong underwater tunnel sepanjang 90 meter dapat melihat dengan jelas hidupan laut sebenar.

Tiket masuk Aquaria KLCC

Warganegara dengan MyKad
Dewasa : RM46
Kanak-kanak RM35
Warga Emas RM35
* kanak-kanak bawah 3 tahun - percuma

Pelancong asing 
Dewasa RM64
Kanak-kanak RM53
Warga emas RM43
*kanak-kanak bawah 3 tahun - percuma

Plan to visit : Aquaria Suria KLCC


Petrosains Discovery Centre terletak di tingkat 4 Suria KLCC. Sangat bagus meransang minda kanak-kanak tentang dunia sains mengenai pelantar minyak, kereta lumba Formula 1, ujikaji sains dan pelbagai permainan minda boleh di cuba. Tempat yang menjadi tumpuan lawatan sekolah ketika musim cuti persekolahan.

 
Website : Petrosains
Facebook : Petrosains - Discovery Centre 

4. Blue Coral Aqurium KL Tower & Mini Zoo


-Blue coral Aqurium KL Tower terletak di KL Tower. Siapa sangka di KL Tower ada aquarium kedua di bandar selain daripada Aquaria Suria KLCC. Menempatkan pelbagai spesis hidupan laut seperti blueface, angelfish, ikan pari, ikan emas, nemo, dory dan hidupan laut lain.

Tiket masuk (MyKad)
Dewasa RM18
Kanak-kanak RM15

Di buka setiap hari Isnin hingga Ahad 
9.00 pagi - 9.30 malam 

- Mini Zoo (lokasi KL Tower)
Mini Zoo, Blue Coral Aqurium, KL Upside Down House semua berdekatan dengan KL Tower. Kalau ada budget boleh tapau pergi semua tempat. Rupanya kat atas ni ada banyak tempat yang boleh pergi, Mini Zoo ni menempatkan pelbagai spesis binatang, tapi tak la semeriah macam Zoo Negara ada gajah, zirafah, nama pun Mini Zoo, mana pulak nak hangkut gajah ke KL Tower, silap2 boleh roboh KL Tower ni. Walaupun nama Mini Zoo binatang yang ada tidak mengecewakan. Dari mini jungle, hingga ke stale, broadway, bird aviary, dan banyak lagi pitstop yang ada. 1 jam belum tentu cukup untuk explorasi di Mini Zoo.

Tiket masuk (MyKad)
Dewasa RM32
Kanak-kanak dan warga emas RM27
*kanak-kanak 90 cm masuk percuma

Facebook : KL Tower Mini Zoo

5. ECO Rimba KL - hutan simpan Bukit Nanas

 
Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. Satu-satunya hutan simpan kekal yang tertua di Malaysia. Bagi yang sukakan suasana natural seperti ini boleh la berkunjung ke sini. Antara tarikan yang terdapat di sini, taman herba, denai, trecking, jambatan gantung dan lain-lain.

Masuk adalah PERCUMA

Jabatan Perhutanan Malaysia 
Jalan Sultan Salahuddin 
50660 Kuala Lumpur 

6. Kidzania Kuala Lumpur


Mungkin ada pak cik mak cik yang tak tahu Kidzania Kuala Lumpur ni tempat apa ? Kidzania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat edutaiment tertutup yang menawarkan pembelajaran dan pengalaman secara interaktif untuk kanak-kanak mendidik mereka melalui permainan.

Senang citer anak-anak boleh mengalami sendiri kerjaya seperti orang dewasa, seolah-olah mereka seorang doktor, bomba, pilot, pelukis dan seorang pelakon. Seperti berada di sebuah kota kerjaya yang lengkap dengan hospital, balai polis, bomba, studio, teater, bank dan banyak lagi yang menarik.

Harga tiket 

Kanak-kanak (2-3 tahun) RM38
kanak-kanak & remaja (4-17 tahun) RM75
Dewasa (18-59 tahun) Rm38
Warga emas (60 tahun ke atas) RM32

Lokasi & promosi 

7. Sunway Lagoon Water Park


Taman tema air terbesar yang menempatkan pelbagai permainan yang menyeronokkan di antara water park, wildfire park, extreme park, scream park, nickelodeon lost lagoon. Rajin-rajinlah tengok web sunway lagoon kadang2 ada promosi.

website : sunwy logoon Malaysia
Beli secara online Sunway Lagoon admission ticket 

8. Institut penyelidikan perhutanan Malaysia (FRIM)


Terletak 16 km dari bandar Kuala Lumpur tersimpan hutan simpan yang dipelihara oleh Institut perhutanan Malaysia. Antara tarikan yang ada adalah pengunjung boleh berjalan di Canopy Walk (jambatan kanopi tergantung), selain berjalan dalam hutan antara aktiviti lain boleh berkhemah, berjogging dan  berbasikal. 

Lokasi & tempat tarikan 

9. Taman Botani Negara, Shah Alam

Taman Botani Negara, Shah Alam merupakan tempat untuk beriadah bersama keluarga. Pengunjung juga diberi pilihan untuk menaiki bas (di dalam kawasan taman), berbasikal atau berjalan kaki sambil menikmati pemandangan hijau. Kemudahan seperti surau, tandas dan kawasan parking turut disediakan.

Antara tarikan utama di Taman Botani Negara adalah :








10. Farm In The City, Sri Kembangan



haaaa tempat ni memang aku highly recommended sangat, Farm In The City, Seri Kembangan ni lebih kurang macam zoo, di sini pengunjung lebih dekat dengan haiwan di mana boleh menyentuh, membelai dan boleh memberi haiwan makan.

Seperti berada di kampung, haiwan ini di biar bebas berkeliaran tetapi masih di bawah pengawasan pekerja. Selain kawasan petting zoo, terdapat juga rumah burung, kandang kambing, arnab, kangaro, dan pelbagai haiwan lain.

Tiket masuk 

MyKad 
Dewasa RM32
Kanak-kanak RM27
Warga emas RM27
* ketinggian bawah 90cm masuk percuma

Pelancong asing 
Dewasa RM48
Kanak-kanak RM38
Warga emas RM38

Plan your visit : Farm In The City (part 1)   Farm In The City (part 2)
Facebook : Farm in the city, Seri Kembangan 

11. Zoo Negara

Mesti rata-rata korang dah lama tak masuk Zoo Negara. ayat lebih kurang sama je '10 tahun last masuk' 'last masuk masa rombongan sekolah'  Sekarang Zoo Negara dah best, banyak binatang yang terdapat di Zoo Negara. Anak-anak mesti teruja melihat binatang real life depan mata. Antara tarikan pelancong adalah melihat giant panda.

Tiket Zoo Negara sekarang dah di pakej dengan termasuk melihat Giant Panda

Tiket masuk

MyKad
Dewasa RM44
Kanak-kanak RM16
Warga emas RM21

Tiket juga boleh di beli secara online di website ZOO NEGARA
Rancang la keseronokan bersama anak-anak yang ingin membawa anak-anak ke Zoo Negara. 

12. Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara menempatkan pelbagai pameran berkaitan sains, dinasour, ikan, robot dan makmal untuk diterokai oleh anak-anak. Buat masa ni Pusat Sains Negara di tutup sementara untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Kerja pengubahsuaian dilakukan sejak tahun 2015.

Lokasi dan promosi 

13. Taman Orkid, Taman Rama-rama, taman burung

Taman Orkid
Bagi peminat orkid, taman orkid terletak di taman tasik perdana dan mempunyai 800 jenis orkid eksotik Malaysia. Pelbagai jenis landskap orkid hidup yang cantik dan boleh dibeli untuk di bawa pulang sebagai cenderamata.

Taman rama-rama
Terdapat 120 spesis rama-rama daripada 6,000 rama-rama. 

Taman burung 
Terletak di jalan Chenderasi, taman tasik perdana menyusuri hutan hujan tiruan di dalam sangkar yang besar terdapat habitat burung seluas 20.9 ekar. Pelbagai jenis habitat burung eksotik seluruh dunia terkumpul di sini.

Tiket masuk 
MyKad
Dewasa RM11

Kanak-kanak RM6
Family of package RM34
(2 dewasa & 3 kanak-kanak)

Pelancong asing
Dewasa RM22
Kanak-kanak RM11
video camera RM4

Peta dan lokasi 

14. Planetrium Negara


Terletak berdekatan di tasik Perdana, Planetrium berkubah biru merupakan tarikan utama ruang teater menayangkan berkenaan angkasa lepas.


Tiket masuk 
MyKad
Dewasa RM6
Kanak-kanak RM4 (2-12 tahun)

Pelancong asing 
Dewasa RM12
kanak-kanak RM 8 (2-12 tahun)

Dibuka setiap hari pada 9.00 pagi hingga 4.30 petang (kecuali hari Isnin) 

15. Wet World Theme Park, Shah Alam


Taman  tema air Wet World yang terletak di Shah Alam. Banyak permainan yang boleh di cuba termasuk thunder river dan permainan lain. Kolam mandi yang banuak dan tidak tertumpu pada satu kolam sahaja.

Harga tiket masuk wet world Shah Alam;
MyKad
Dewasa RM25
Kanak-kanak RM20
*kanak-kanak ketinggian bawah 90cm masuk percuma

Pelancong asing
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM30

-harga tidak termasuk sewa cabana, pelampung dan loker

Waktu operasi 10 pagi - 6 petang
tutup pada setiap rabu, kecuali waktu cuti sekolah dan cuti umum.
Ingin berkunjung ke sini boleh lihat di sini  Theme Park Wet Shah Alam
Plan to visit : https://jepunmari2.blogspot.my/2016/08/splashing-time-wet-world-water-park.html 

16. Laman Seni Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam


Terletak di lorong belakang seksyen 7 Shah Alam. Terdapat banyak mural art yang unik dan cantik. Masuk adalah percuma, boleh mengayakan mengikut art yang ada.

Plan to visit : https://jepunmari2.blogspot.my/2016/08/lorong-belakang-laman-seni-sek-7-shah.html 

17. I-City Shah Alam & Snow Walk


I-city Shah Alam terletak di Shah Alam, pemandangan bertambah indah ketika waktu malam. Keriangan berganda bagi anak-anak di Fun World, House of Horror, trick art museum

Jika ada yang nak berkunjung ke sini boleh refer blogger JULIA JOHARI tentang pengalaman dia berjunjung ke i-city shah alam


Harga tiket masuk snowalk
Nak jimat beli tiket sebelum pukul 6 petang 
Dewasa RM25
Kanak-kanak RM20

Selepas 6 petang 
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM30

Lokasi dan promosi 

18. Ice Skating di IOI Mall & Sunway Piramid

Di dalam shopping complex Sunway Piramid terdapat Ice Skating iaitu gelanggang luncur ais tertutup pertama di Malaysia. Bagi anak-anak yang ingin mencuba secara serius boleh menyertai Akademi Luncur Ais atau pengunjung yang ingin saje2 mencuba boleh mencuba sendiri dengan harga tiket :

Bukan ahli
Isnin - jumaat RM20
Hujung minggu RM25
Cuti sekolah & cuti umum RM28

Sewaan sarung kaki & tangan
Sarung kaki RM6
Sarung tangan RM9

Waktu operasi biasa 9am-8pm
cuti umum & cuti persekolahan 9am - 8.30 pm 

19. Jungle Gym Artria Indoor


Jungle Gym terletak di Atria Shopping Galerry (lavel 2), playland untuk kanak-kanak. Sape tengok program 'Lara oh Lara' anak Scha, Lara main kat sini la. Macam syok je bila parents pun boleh naik slide sama dengan anak. 
Tiket masuk Jungle Gym Atria 
Toddler (below 2 years)  
Week day RM25
weekend / school holiday / public holiday RM48

Kids (above 2 years)
week day RM35
weekend/ school holiday / public holiday RM58

Guardian : RM5 (redeem cofee, tea or mineral water)
waktu : isnin - jumaat (10am - 9 pm)
sabtu - ahad 10am- 10pm

stokin bawak sendiri, sebab mesti pakai stokin kat dalam tu
 
Lokasi dan promosi 

20. Gold Cost Morib Water Theme Park



Gold Cost Morib Water Theme park merupakan taman tema air yang sesuai untuk bercuti seisi keluarga. Gold Cost Morib dibuka kepada umum dan bilik Apartment berdasarkan pakej sekali dengan tiket masuk theme park, terdapat bilik studio free 2 entry ticket, apartment 2 bilik free 4 entry ticket dan apartment 3 bilik free 5 ticket. Anda juga boleh monitor anak2 dari balkoni bilik, anak-anak pasti seronak sehingga taknak naik ke bilik.

Tiket gold coast juga boleh dapat di trivago

website : Gold Coast Morib, Banting


Mungkin ada banyak lagi tempat yang menarik yang boleh di lawati, ini adalah sebahagian yang dapat di kongsi. Rancanglah short vacation bersama anak-anak, masa bersama anak-anak sangat beharga.chill !!


*rujukan,gambar : sumber google, jomjalan, wikipedia dan website perlancongan

12 Komen untuk "20 Tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor"

Banyak pilihan tempat menarik untuk dilawati.
Selamat bercuti.

alahai ada yang dekat dengan rumah rupanya.....

haritu sempat bwk adik jln2 melaka je.. tak sempat pun nak ronda2 KL..

wow menarik.mcm mcm ada ddi kl dan selangor kan

salam takziah buat kak azie sekeluarga.
sabar ye
al-fatihah

Pernah tak kita berada di tepi pantai sebelum matahari terbenam. Kevantikan pantai begitu terserlah sekali.

Pernah tak kita berada di hutan di sebelah pagi. Sebaik sahaja keluar dari kemah, terdapat cahaya matahari menembak bumi melalui celah2 daun. Cantik sungguh?

Pernah tak kita berada di belantara di waktu malam. Kedengaran nyanyian binatang termasuk cengkerik. Semuanya merdu.

Pernah tak kita berada di puncak gunung di waktu subuh. Bayunya amat nyaman.

Kesemuanya telah saya rasaii demi kehidupan. Saya mengsyukuri ciptaan Allah.

menariknya!!

setengah tu tatau pun ada..adeh!

menarik...biasa kalau nk ke sana..pikir nk shopping je..huhu

wah! banyak juga tempat menarik dekat sini
tau dengan tak aje
ada yang dah sampai, ada yang dengar tapi tak penah sampai...hehe

Byk juga dah julia pergi...yg mcm taman rimba tu kena tunggu anak dah besar baru leh pi...risau plak nak bawa panjat jambatan gantung hehehe...nice sgt tq dear kongsi

owhh rumah terbalik ade di kl ye.. baru tawww...ingat kat sabah jaa...

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top