Kenduri tahlil



Semalam buat kenduri tahlil untuk arwah mak, kejap je dah ke-100 hari arwah mak pergi. Order nasi ayam kukus dalam 70 pax set dengan kuah kari. Dalam kuah kari tu ada seketul kaki ayam kari. Kalau yg favorite kaki ayam boleh la makan, aku tak makan kaki ayam, leher ayam makan, tu yg naik pelamin teleng sikit..hahah ini tipu.

Buat tahlil kat surau, biasa surau kat sini yg meriah pon khamis mlm jumaat la, hari2 lain sendu je, mungkin orang penat bekerja, sampai hari khamis speed gear lima, hari jumaat slow balik sebab malam minggu ramai yg ada hal masing2. Kadang2 ada jemaah surau yg sedekah makanan untuk potluck, sikit sorang sikit, lama2 jadi banyak.

sampai kat gerai, diorang baru siap masak, nasi ayam kukus panas2 lagi.


balik keje terus ke gerai nasi kukus, aku gan ucu dah macam pekerja situ, siap packing masuk dalam plastik, sebab nanti maghrib tak sempat. Sekarang ni kemana2 ucu la peneman, kut2 kalau rindu dgn arwah mak, tengok wajah ucu, muka pun lebih kurang. Ada semalam kak Amy (kawan keje) tanya 'ni kakak ke' errrrr kakak!!  kembang kuncup ucu cakap dia kakak aku, pangkat nenek dah tu.

 packing terus bawak surau.

 kuih apam pisang, sedap weh..kecik2 macam apam polkadot tu. Masuk mulut sekali gap je..rasa dia macam kek pisang tapi atas ada slice pisang 

 kacang rebus ni orang surau bawak, tak ingat acik mana bawak tah

 jemput2 ni memang win la, lembut, isi dalam ada udang, daun kucai, bawang, eiiiih tangan mak2 sangggtttt. Memalam buta makan jemput2, makan panas2 lagi..hujan pulak tu..sedap sangat, 

 kuih keria gula melaka, jangan di pandang buruk, belum rasa belum tahu. Tak berani nak cakap tak sedap, sebab orang bagi hahaa

budak kecik dua orang ni jumpa geng surau, orang tengah jemaah sembayang diorang sembang sesema diorang, kelakar pun ada, tanya sapa nama awak? mak awak mana? lepas tu main game sama2? Ini jahat, ketuk2 bagi mati, ingat benda apa la, main game bebudak ni. Kelakar budak2 ni bersembang. Tak kyusuk sembayang.

Selesai dah kenduri tahlil arwah mak, ada jemaah yg datang sembang pasal mak, ada acik tu cerita dia masuk hospital, mak keluar hospital, keluar masuk keluar masuk hospital, last-last dia pergi dulu, sambil sembang bergenang air mata.



-zie-
9 Komentar untuk "Kenduri tahlil "

Zie, Al-fatihah for your loss...

meriah makanan, memang sedih bila ada kawan atau kenalan ahli keluarga yang meninggal dan ceritakan balik hal2 masa mereka bersua dan berbual mesra.

rami cakp kitorag adik beradik, kami ank buah dgn mak cik je..hhah

tq liz, alfatihah for your father to..

betul anis, kdg2 kita dah tahan takmo nangis, tapi bila org dtg2 cerita balik, terkenang kat arwah..jadi sedih balik..sob sob

kuih apam pisang? first time dengar & tengok bentuknya 😄

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top