Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Makan sedap di Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya

Zie Azi | 17 May 2017,08:29 |
Hai semua, sambung lagi jalan2 kat Cyberjaya ni.

Sementara tunggu Maghrib, lepak dalam bilik sambil google nak makan malam kat mana.

Abah mesti nak makan nasi, kita cari restaurant yang ada nasi, yg budak2 pun boleh makan, yg dekat dengan resort, dah makan kenyang2 balik resort, fikir nak bergolek atas katil je, en.somi suggest makan kat Mr.Kabab & Biryani at Cyberjaya. 

Wifi free kan, gunakan dengan bijak

Kalau korang tekak tu tingin sangat nak makan nasi arab area Cyberjaya, boleh la makan sedap kat Mr.Kabab & Biryani, kat Putrajaya pun ada jugak kat presint 15.

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya
 geng abah ni, sikit2 abah, sikit2 abah. Dia melekat dengan mama time tido je, kira aku ni diperlukan untuk bantal peluk. Kalau abah dia baru balik keje masam2 tu, wajib mesti dukung dia dulu, kalau tidak muncung panjang boleh sangkut tudung.

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya
mentang2 wifi laju, kejap2 bukak youtube, nak search tak reti, tang search dia suruh kita cari, power rangers la, ninja boy, kamen rider. ada hari tu aku search kan tutorial pakai tudung, ngeh2 ngeh.

Lepas tu, datang kat kita, tumbok2 vontot haku, sakittttt woo dapat penumbok padu dari si demok. Lepas tu, tak menyakat dah, serik kena tumbok kat vontot.

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya
sebelum gerak, manja dengan abah dulu, rambut abah pun dah putih (uban), misai pun putih, bulu kening je tak putih bahahaa

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya
 deko dalam kedai, ada dua area, aircond area dengan open air area, dah compom la i amik aircond area, makan kat luar panas walaupun malam tau.

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya
Tandoori Naan Cheese (RM4) untuk si Azeq, mula2 dia nak pizza, kat sini pun ada pizza, sekali dia tengok gambar pizza tu banyak sangat sayur2, terus cancel bahaha

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya
 Tandori Roll Kabab Beef RM8, ni pon SEDAP, fries yg goreng bodo pun sedap, eh pehal fries macam ni pon membunuh sedap. Kalau goreng kat rumah, nape tak jadi gini ehhh

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya
ini i punyaaaaa, chicken Kabsa with Mendy rise RM15, nasi dia banyak gilos ya, tak main la tekup2 semangkuk satu, ni amik kou ceduk penuh satu pinggan, tak kedekut punyaaaa, tercunggap2 nak menghabehkan nasi. Nasi mendy dia SEDAP, kuah kari dia pon SEDAP, apa ni semua SEDAP!!

sos tomato dia rasa masam, ini kedai Arab, memang tak jumpa la sambal belacan, budu ke, kalau nk rasa pedas, gigit cili hijo tu.

kat sini boleh choose nak makan  Mendy rise atau Biryani rise, biryani rise pun beza 2 hengget, tapi malam tu kami semua amik mendy rise, takde rasa nak makan biryani. 

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya
  Lamb kabsa with mendy rice RM17, ni abah punya, abah kalau makan nasi arab MESTI order kamben punya 🐐, tak cakap pun dah tahu, air mesti carrot susu.

Grilled Chicken with Mendy rise RM13

Deko dalam kedai, banyak cermin macam ni, 

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya

Kalau korang jalan-jalan terlajak sampai Putrajaya, Cyberjaya tak tahu nak makan kat mana, boleh la try nasi Arabbbb Mr. Kabab & Biryani ni, malam tu total semua makan tak sampai seratus, plus tax semua dalam RM82, ok sangatttttttt.

Mr Kabab & Biryani 
93-G, Blok L, Biz Avenue 2 Neocyber
Lingkaran Cyber Point Barat,
63000 Cyberjaya

Konon lepas makan nak jalan2 kat Masjid Putrajaya, kalau malam kat situ heaven. 

Sekali pusing2 tiba dah sampai chalet balik, eh ni pehal nak suruh balik tido ke haper.

Dah sampai chalet terus balik arrr. Padahal dah nampak dah jambatan Putrajaya tu, Cyberjaya dengan Putrajaya bukan jauh nou, jiran sebelah menyebelah je, tapi inilah jadinya, kalau jalan memalam buta, mensasau-sasau poei eiii

Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya

sampai chalet, possing dulu kat ruang lobby, ni lobby area kat chalet kitorang. Lobby utama lagi cantik, masuk entrance dah bau wangi aroma therapy. Relax & rest.

sambung esok swimming kat pool lagi. masuk tido naaaa



-zie-
8 Komen untuk "Makan sedap di Mr.Kabab & Biryani, Cyberjaya "

wau...syoknya...sesekali kena makanan pak arab pun sodap kan...

best2. suka nasi mendy jugak dari biryani. biryani dia rempah kuat sgt, klu mendy tak ada rempah sangat.

sekali skala boleh ler, hari2 muak jugak hihik

nasi dia banyak giler bolh makn berdua, budak2 pun suka nasi arab ni, boleh laaaa

nasi mandy (eh betul ke eja?) memang sedap..lagi2 kalau lapar. lama tak ke putrajaya. next time boleh try ni

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top