Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Best giler bercuti di Lost World of Tambun, macam nak datang lagi !!

Zie Azi | 10 July 2017,09:00 |
Lepas dari Penang terus gerak ke Lost World of Tambun, Ipoh. Dari Penang nak ke sini tak jauh dah. Memang tempat ni la budak2 tunggu tak sabar nak masuk, sibuk tanya bila nak 'mandi kolam' Tanya banyak kali sampai ke nambelas juta kali. Sampai boleh buat rekod rewind kaset.

Tak pernah plan pon nak ke sini, banyak kali je lalu lalang Tambun ni nak ke Ipoh rumah sedara Amir, tapi tak pernah terlintas pun nak bercuti kat sini. Rupanya tempat ni best gila, kat dalam tu tak payah susuh2 cari zoo. Kat Lost World of Tambun ni ada petting Zoo sendiri, bukan sikit2 binatang, yg besar, yg tinggi, yg gemok, yg pendek, yg garang, dari haiwan jinak sampai ke haiwan berbisa pun ada. 

bercuti di Lost World of Tambun
kalau datang sini, artis kucin ni wajib amik gambar, berpanas, berhujan dia redho je

Meh sini nak review sikit tips masuk Tambun :

i) tiket masuk - Aku beli tiket by website online KAT SINI. kadang2 kat FB Page dia ada promosi sekian2 harga. Kalau walk in harga lain, kalau beli kat Matta Fair harga lain, fikir la sendiri kalau nak jimat macam mana.

ii) Makanan luar tak dibenarkan bawak masuk, diorang akan check beg betul2. punggah beg keluarkan satu per-satu, rasa geram pulak macam pesalah, what to do dah SOP diorang macam tu. Pelampung pun tak dibenarkan bawa masuk, kalau nak bawak masuk jugak kempiskan dulu, sampai kat dalam baru pam. Tapi bab makanan terkantoi pulak, ternampak air vitagen 3 botol, kena letak luar bayo singget.

iii) topup token - kat gelang tiket tu korang boleh topup duit untuk beli food kat dalam ni. Makanan kat dalam tu memang mahal, memang kena expect awal2 la tempat mcm ni. food around RM8 to RM15 macam tu. hadap la kalau dah lapar beli jugak. korang should try mee kari dia sedapppp, mahal2 pun beli sampai dua mangkuk, hirup kuah kari dia hingga ke titisan akhir. Cuba dia jual murah, dah tentu aku borong lapan belas, belanja sekali orang kat dalam tu jugak *rolling eyes

iv) parking - parking banyak bersepah sampai hujung, bezanya kalau datang awal dapat la park dekat gan pintu masuk. Tutup hari selasa dan bukak 10 pagi-11 malam, tapi yg sampai malam tu area hot spring sana.

v) Suggestion, kalau nak tahu keseluruhan kawasan ni, naik train jalan2. Nanti akan bawak pusing2 seluruh kawasan ni. Besar sangattttt Lost World Tambun ni, silap2 boleh sesat. Hari tu kitorang naik train pun dah last minute, nanti macam2 pit stop korang akan jumpa. 

bercuti di Lost World of Tambun
bercuti di Lost World of Tambun
Masa sampai sini pukul 2.30 petang, memang panas terik, budak2 ni nampak pool fedulik haper panas, hujan, janji dapat mandi kolam

bercuti di Lost World of Tambun
ada tempat yg berpasir.

bercuti di Lost World of Tambun

bercuti di Lost World of Tambun

Kalau korang nak tahu kat sini macam Sunway Logoon tu, better pakai swimming suite sebab ada banyak game yg tak boleh naik nanti. Sama ada swimming suite atau kain jersi je boleh. Kalau pakai baju cotton diorang tak benarkan, ada pun suruh bukak baju. yg laki2 boleh la bukak baju, yg perempuan nak mampossss. Tapi kalau pakai baju biasa pon boleh, ada certain game tu tak boleh main la.

Pukul 3.30 petang ada tiger show, bukan tiger show yg kat Danok tu. Ini the real tiger di beri makan daging, tapi Azeq malas nak tunggu lama2, dia ajak gi tempat lain. Dia tak suka tempat ramai orang berkerumun, lepas tu bising2, nampak tiger dari jauh ok dah.

bercuti di Lost World of Tambun
ni binatang yg macam dato' Aliff Shukri bela tu, tiger cat kot. Azeq ketuk2 cermin tu suruh datang dekat, si cat tu buat bodooooo je kat dalam tu, marah betol Azeq dgn cat tu taknak datang dekat. Bila tiger cat tu datang kat cermin, melompat dia hahaa

bercuti di Lost World of Tambun
tak ingat pe nama binatang ni, import dari luar negara. Ada ranjer kat situ cakap, binatang ni tak suka mandi, senjata dia, kalau orang datang dekat dia akan pancutkan air kencing dia. Sebab tu kandang dia sentiasa bau hancing & busuk. Si Azeq marah binatang ni sebab kencing merata2 bahahaaa

bercuti di Lost World of Tambun
ada poney, boleh je nak naik, free, tapi kalau baju basah dia tak bagi naik. Aku cakap, aku yg nak naik, ranjer tu pandang atas bawah, haperrrr ingat i berat macam gajah ke. Ini boleh mendatangkan marah, tak jaga hati & perasaan betol hehhh

bercuti di Lost World of Tambun
kat sini ada Zebra dan Zirafah. yg hujung tu Zirafah betol, bukan patung, siap boleh feeding lagi. Azeq & Fina lari2 nak kejar zirafah tu, tak pernah jumpa zirafah sedekat itu dan boleh sentuh lagi.

bercuti di Lost World of Tambun
bercuti di Lost World of Tambun
Fina berani feeding zirafah, jangan Azeq badan je besor, tapi penakut. Kat tepi bising2 sambil pegang pom pom girl. Zirafah tu kaut je makanan pakai lidah, dia dah terlompat2 geli. eeee. Dia geli sebab lidah zirafah ni panjang boleh jilat sampai ke lubang hidung,  senang keje korek hidung pakai lidah, korang boleh buat ehahaa


klik video for view

Lost World Petting Zoo

Kat sini tersangatttttttt la suka budak2. Kejap ke sana sini macam tak cukup masa nak tengok semua binatang. Mostly semua haiwan boleh sentuh & pegang. Binatang yg berbisa letak dalam cermin. Tapir pun ada, first time budak2 ni tengok tapir, pelik & ajaib tanya mcm2, nape hidung panjang, nape ekor dia pendek, penat nak jawab. Soklan paling win, nape nama dia TAPIR #blurmakko

bercuti di Lost World of Tambun
ini Ruby the roccoon

bercuti di Lost World of Tambun
come to mama!!

Binatang ni comel sangat, aku cakap 'come to mama, come'
tak lama tu Fina tarik baju aku
'mama, Fina kat sini, kat sini' sambil tunjuk diri dia
hahaaa.. anak! anak! dengan binatang pun nak jalez

bercuti di Lost World of Tambun

Tarantula Alley

bercuti di Lost World of Tambun
Tarantula Alley, aku tak masuk, sebab takuttttttt hahaa. jangan riso ada jaring kat atas tu.. korang akan lalu bawah tengok Tarantula kat atas, best la adventure.

bercuti di Lost World of Tambun

Fun & Game
bercuti di Lost World of Tambun
bercuti di Lost World of Tambun

Ada jugak game lain, area fun & game tu sampai pukul 6 petang je. Area belah sana macam hot & spring Spa, water park bukak sampai 11 malam. Tiket pun boleh pilih, kalau nak masuk malam saje pon boleh. Sebenarnya, malam lagi happening, malam ada show api, masa kitorang gi ni ada show pentas Magika Raya. Suka budak ni tengok, maklum la tak pernah tengok orang berlakon atas pentas bahahaa

bercuti di Lost World of Tambun
ada rumah hantu, yg ini kena bayar kalau tak silap RM10

Masa tengah naik train lalu kat rumah hantu ni, pukul 6 petang dah tutup. Konon2 cakap 'alaaaa dah tutup,tak dapat masuk' ada staff situ jerit 'sy bukak untuk akak sorang je' lepas tu aku jerit balik 'tak hingin' hahhaaa

Nanti lalu kat kandang Hippo, buaya, rusa pun di biar bersepah (ada renjer yg jaga), rusa boleh pegang lagi. Lalu kat dulang bijih timah, Dulang Tea House, yg popular coffee la, tak try pun, lalu naik train je

bercuti di Lost World of Tambun
sambung mandi lagi, bila malam view lagi cantik, dikelilingi hutan & batu kapur

bercuti di Lost World of Tambun

bercuti di Lost World of Tambun
Hot Spring & Spa by Night

Ada kolam Hot Spring & Spa, relax je rendam dalam kolam air panas. Dasar kolam ada batu2 refleksologi. Ada banyak kolam air panas, yg kolam kanak2 ada slide lagi. Aku pun explore la tempat ni, ada satu kolam yg langsung takde orang, aku ingat best sini private sikit, aku pun celup kaki, sekali mengelupur angkat kaki cepat2. Panasssss tahap rebus telo hahaa Patut takde orang, vongok's (harap2 takde orang nampak aksi macam beruk mat yeyyy tu)

bercuti di Lost World of Tambun
gerai jual2. 

bercuti di Lost World of Tambun


Nak maghrib kitorang balik homestay, tak jauh dari Lost World of Tambun ni. Kalau nak solat sini pun boleh, ada surau, loker untuk simpan barang pun ada ikut saiz. Pilih je nak saiz pe RM20, RM30 RM40

Kesimpulannya, ini bukan kali terakhir aku & family ke sini, akan repeat lagi!! Sebab ari tu tak sempat naik Roller Coster, pukul 6 petang dah tutup, kalau hujan pun tutup. Tak kira, nanti datang nak naik, whislist!! walaupun roller coaster tak adventure, ala2 sambil naik korek idung pon boleh, tak kira nak naik jugakkkkkk!!

Setakat ini, Lost World of Tambun yg best. Bukan budak2 je yg enjoy orang dewasa pun enjoy sama. Beach site ada ombak tipu2 lagi, boleh rendam kat kolam air panas, dah puas berendam boleh masuk rumah hantu. Banyak aktiviti la, citer banyak sini pun tak guna kalau korang tak try pergi. Cerita ni berdasarkan pengalaman sendiri, kalau korang pergi tak best, terpulang laaaa.. hikhik

Sunway Lagoon pun dah lama tak masuk sejak tiket mencanak mahal. 


-zie-
16 Komen untuk "Best giler bercuti di Lost World of Tambun, macam nak datang lagi !!"

baca blog Zie rasa macam nak apply cuti hari ni jugak, terus pergi. Haha. Paling unik tang zirafah dan tarantula tu. memang rasa nak gi..tapi taknak time cuti sekolah..

28hb ni family in law nak pergi sini, tapi sayangnya, mula2 IQ dapat ikut, tapi disebabkan abah IQ dekat kampung nak pergi haji, kena utamakan yang tu dulu...kalau tak, memang nak follow itenary kak zie ni..huhu

Dah balik rasa rugi pulk tak msuk tarantula tu, next time nak gi lg la

Oo yeke, xpe la qis next time bolh gi klu de rezeki kan, utamakan yg penting dulu.. Tambun ni bila2 bolh gi hehee

First pergi maaa tgh mabuk thn 2013. Kena pergi semula bawa syafi nampaknya. Memang best sebab mcm2 ada dlm tu kan.

verani nya u amek pic dgn zirapah??? tak ke mcm langit dgn bumi??? hahha *larrrriiiii

seronoknya Azi, walaupun Tambun tu dekat je dengan kampung kak ana tapi tak pernah masuk lagi :( sob sob sedihkan

percaya x kalau SA ckap SA x pernah sampai Lost World Of Tambun ni kecuali Dania...mak sedara dia rajin bawak dia berjalan...tgok macam seronok sgt ni

Dah pernah sampai sini
memang best terutama kanak2.

kak,nak tanya.kalau hujan awal mcm 2 petang,boleh ke kita sambung aktiviti esoknya?dan betol ke saya dengar kalau dah masuk tambun tak boleh keluar balik.kalau tidak kene bayar harga tiket baru?

esok kira harga lain la.. sekli masuk per entry kecuali u stay kat hotel lost world tambun dia bg masuk 2 kali, jnji tag kat tangan jagn buang..akk ari itu hujan pun mandi jugak.. area yg belah spa tu sampai pukul 11 mlam.. malam lg happening.. ada bnyk show

*correct me if i'm wrong

akk duk homestay mana kat tambun tu

ari tu akk stay kat apartment.. tapi macam kureng sikit.. so kawan akk pernah stay kat NUR DAMAI HOMESTAY.. spacious dan boleh sumbat family ramai2 more 10pax.. kalu gi tak ramai around 2-4people better amik hotel Lost of World Tambun.. depan gan entrance Tambun.. boleh masuk 2 kali janji gelang kat tangan tu tak hilang.

pasal homestay tu boleh contact kat bawah ni..

Taman Perpaduan Indah, 31400 Ipoh, Perak
En. Fadhil +60189830865
NUR DAMAI HOMESTAY>> https://nurdamaihomestay.wordpress.com/

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top