Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Jalan raya Penang : Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.

Zie Azi | 5 July 2017,13:24 |
Dah puas round raya rumah sedara mara kat kampung, yg kat Negeri Semilan pun dah round, tiba2 mood nak berjalan tu datang, pergi Penang bukan ada sedara ke hape, saje hunting food, ada siapa sudi nak jadi sedara aku. Silakannnnn

Tak lama aku share kat Fb aku gi jalan Penang, dapat pm dari Mummy Julia (nota chenta Mummy) dia jemput datang rumah dia ada kenduri, tapi tak sempat nak pergi, stay kat Penang pun tak lama. Insyaalah ada rezeki kita jumpa Mummy na.

Cerita boleh sampai Penang sebab adik ipar tu mengidam nak makan telor goyang kat Transfer Road. Semua family pergi, hangkut semua adik-beradik. Esok pagi dah ada port untuk breakfast. Sampai Penang pun dah tengahari, cari kedai makan kebanyakkan gerai favorite semua kena tutup/roboh. Kan ada isu banyak kedai melayu kena roboh. Awal tahun masa datang Penang gerai dekat dgn Giant tu ada lagi, baru2 ni dah takde. Jenuh cari kedai makan, pergi time raya pulak tu, banyak kedai tak bukak lagi. Perut pun dah lapar, makan je la kat mana2. Makan kat original kayu nasi kandar, itu pun beratur punya panjang, hadap la nak sangat makan nasi kandaqqqqqq.


Original Penang kayu nasi kandar

 Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.
nasi kandar telo ikan goreng, nak telo ikan gulai, tapi takda pulak

 Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.

 Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.
kari kepala ikan besar gilaaaa, gigi gosok tak pak cik?

 Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.
Original kayu nasi kandar ni banyak branches, kat KL pun ada. tengok sini. Azeq pulak nak makan roti canai, roti canai, roti nan cheese semua start masak pukul 3 petang. Tak kuasa nak tunggu pukul 3, makanya makan nasi. 

Lepas mendugong makan nasi kandar, check in hotel dulu. Last minute booking dapat jugak bilik, stay kat tempat ari tu kat One Mansion Hotel.

Takkan nak memerap dalam bilik, apa lagi moh la kita menternak lemak.

 Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.
Mee Sotong Hameed

Petang jalan2 kat padang Kota Lama makan Mee Sotong Hameed. Raya2 pun ramai orang, ingat sunyi sepi takde orang, lagi mengemut orang. Serious sedap gilaaaa. Aku first time makan, mula2 try sepingan nak kongsi je, eh sedap pulak. Terus pakat order lagi. Mee goreng tu memang dah sedap di tambah dengan sambal sotong yg pedas & manis. Perah pulak limau bagi masam2 sikit, memang merchikkkkkk. Sedap.

Kat sini ada jugak coconut shake yg famos, tapi tak amik gambar. Sibuk main kejar2 dengan anak. 

kalau nak try boleh la : 
Kota Selera padang Kota Lama ( Fort Cornwallis Food Court, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 Georgetown, Penang

Kedai ini tutup setiap hari Ahad, better gi waktu weeksday kalau time cuti ke memang sentiasa ramai orang laaaa. Bersabar la kalau mee sotong tu lambat nak sampai ke meja.  

 Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.
budak2 ni request nak main layang2, gi kat Queensbay. Kat sini lapang sikit, ada tempat nak lari2, yg kat padang Kota Lama serabut ramai umat manusia. Dulu pun pernah beli layang2 kat sini. Jauh nou beli layang2 sampai ke Penang.

 Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.
Singgah maghrib kat masjid USM Penang, tak dapat masuk University dapat tumpang solat pon jadik laaaa, memang biasa solat kat sini, masjid pun cantik, tempat selesa. Kat depan ada guard jaga, cakap je nak tumpang solat. Mesti dia bagi masuk la.

 Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed.
makan malam tak ingat kat mana, mula2 nak makan char keow tiau, malas nak pusing lagi, jumpa restoran thaifood terus duduk. Semua dah penat travel jauh siang tadi, fikir tilam bantal je ni. 

Sampai hotel terus membutaaaaaa la.


-zie-
21 Komen untuk " Jalan raya Penang : Original Penang Kayu Nasi Kandar dan Mee Sotong Hameed."

beratur orang nak makan kan...seronok nya zie asyik jalan-jalan makan angin...hehehe

nti zie nak dtg johor jumpa Eda pulak..boleh keeeee

Alaaaa..lama x makan mee sotong tu...sedapnyaaa

pengsan aku tengok food fiesta ko..larikkkkk

fuhh, seronok jalan2 naa...queensbay! lama tak pergi, last pergi 9 tahun lepas...haha!

Tu dia food hunting sampai ke Penang

terliur..dahlah pose ni.Adeh..Penang food memang sedap kan. Cuma x sempat rasa mee sotong sebab g penang hari tu hari Ahad. nantilah, next round. Rindunya USM..tempat titew belajar dulu.

Nasi kandaq onne :) terlioq la pulak huhu.. Nasi kandar Penang lainkan rasanya dgn mamak kat kl ni. Sedap!

jom SA pi penang mkn mee sotong

hahahaa..jom larik sama2

budak2 ni la sibuk nak main layang2, beli layang2 pun kat sini gak

waa ex student usm.. puas la Sal jalan penang2..

kan, feel lain klu dah smapi penang, rugi tak makan ns kandar

tahun 2013, saya pernah berjalan Penang balik hari masa Raya.Memang ramai especially di tempat2 yang famous. Sampai roti Nan kat hameediyah habislah..

bolehla tahan.duit habis kat makan je..haha

Bestnya makan makan kat penang... Rindu nak pegi penang lagi

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top