Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak

Zie Azi | 3 July 2017,15:38 |
Assalamualaikum korang

Macam mana raya tahun ni? ok @ tak ok. 
Ape yg tak ok, tak pasti. 

Tahun ni berbeza dari tahun sebelumnya, tahun ni memang turn raya Gombak, semua adik beradik kumpul rumah abah, mak kan takde, tak sangka syawal yg lepas last sambut Aidilfitri dengan arwah mak. Raya tetap raya, nak menceriakan hati abah, tapi nampak kesedihan dalam wajah abah, gembira macam mana pun still nampak sedih. Besederhana dalam menyambut Syawal. 

Persiapan macam biasa tahun sebelum2nya, masak rendang, ketupat, yg bezanya tak dapat nak makan rendang air tangan mak. Kali ni kami adik-beradik masak sendiri. Masak la macam mana pon, janji masak. Siap google lagi cara rebus ketupat, punyalah sengal tak reti rebus ketupat, terus jadi macam bubur, lepas tu tanya dalam group mak cik2, mak cik cakap rebus 4-5 jam daaaa. yg aku rebus  1 jam macam rebus nasi impit. rolling eyes hakhak2

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak
jadi jugak ketupat hakak, baru ada feel nak ghayer.

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak
rendang ayam masak hijo, makan terus muka hijo, pedasssss !! Tapi sedapppppp sgt (masuk bakul angkat sendiri)

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak
inilah the best picture setelah ke seratus juta kali snap, mostly blur & gegar, dah macam entiti antu momok pun hader, mata semua kelaut. en.somi siap warning anak2, pandang camera senyum, hasilnya memasing muka MONYOK!!

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak
sedondon dengan anak dara ni

Apa yg mama pakai, dia mesti nak jugak. Lipstik, foundation, powder, losyen, kalau tengok dalam handbag dia penuh dgn barang makeup, bukan dia punya, MAMA PUNYA!! ooooh NO, kadang2 tu tonyoh lisptik sampai ke dagu2 merah. 

Pagi raya, jadilah sesi berebut HANDBAG 👇👇👇

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak


Raya pertama : lepas sembahyang raya, dah salam maafan dengan adik-beradik, salam maaf dengan abah lama sikit, sebak je hati, dengan adik yg bongsu pun sebak, Si bongsu salam si sulung dah tak bunyi, bunyi sot set sot srett je, 😭😭 kami ni nampak je macam hati batu, tapi ikatan adik beradik tu yg buat kami cair, air yg di cincing takkan putus. Lepas salam bermaafan, ziarah 'rumah baru mak' kemudian gerak konvoi balik kampong.


balik kampung Sabak Bernam, ikutkan memang setiap tahun balik kampong sejak arwah mak ada lagi. Tahun ni tetap balik kampong walaupun arwah mak takde, sirraturahim sesama keluarga perlu di panjangkan, dapat la 5 buah rumah, santak kekenyangan, lepas tu esoknya sebelum balik Sungkai, jalan raya lagi, budak2 pun happyyyyyy. Mana tak happy poket berkepok2 wet raya. bahaha

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak

Raya ke-dua : balik rumah mertua pulak, kat Sungkai Perak. Kalau balik sana tak berjalan raya. Pakai baju cantik2 duduk rumah. Masa mula2 kahwin macam pelik jugak, tak berjalan raya. Sebab adik beradik pak mertua dengan mak mertua tak ramai, 2 beradik, pak cik, mak cik tak ramai. Anak cucu yg ramai sampai 8 orang anak, berbelas anak, kalau jalan raya pon makan hari, sebab sedara mara semua duduk jauh. So, duduk rumah layan tetamu. sis redho hahaa

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak
mak mertua bab masak dodol no.1, dodol mak ni tak jual di pasaran sebab tersangat la sedappppp, kalau jual confirm laku keras, dengan lembut, tak manis sangat, kunyah2 macam chewgam, anak cucu kalau balik raya memang tanya dodol mak je. Kuat lagi tangan mak mengacou dodol.

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak

Raya ke-tiga : boleh pulak kitorang sepupu sepapat, anak buah celibon nan sungei (berkubang). Nak yg free, takmo yg bayar, kalau masuk Hot Spring Sg.Klah dah berbayar. cari yg free laaaaa. Air sungai ni sangat sejukkkkkk, budak2 mandi sampai kecut tangan, tetep. Naik pon time lapor, lepas tu sambung mandi lagi, sungai ni kat Ulu Slim, perak Eco Risda Resort.

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak

Raya ke-empat : Jalan2 Penang, nanti aku cerita lebih lanjut buat pa mai sini.

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak
nasi kandar telur sotong. 

Raya ke-lima : tiba2 dah de kat Lost World Tambun, Ipoh. appa ceritta raya2 pi bercuti mandi kolam, apa kes, sat na nanti cheq cerita. Memang best masuk sini, berbaloi bayar mahal sikit, yg penting spend time dengan family.

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak

Raya ke-enam : sekali jalan nak balik KL, singgah Batu Gajah Kellie's Castle, ni pun sembang nanti.

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak

Lepas tu sampai KL dah petang, semua pengsan keletihan. Raya ke-lapan dapat jemputan datang beraya rumah kak Sha. Timing pun ok, en.somi pun cuti, jom la kita jalan raya lagi

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak

Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak
open house rumah k.sha #kitakitaaje

TQ k.Sha masakkan kami nasi arab yg sedap, tapiiiiii tiap2 tahun rasanya sama je macam kat kedai bahaha yg paling marvelous carbonara la, takde orang boleh challenge k.sha masak carbonara,  nanti jamuan opis boleh la order la la laaaaa

Ini je cerita magika raya aku, korang punya cerita raya macam mana pulak. Jom kongsi cerita.
see u. bai



-zie-
25 Komen untuk "Jalan raya sakan dari KL, Penang turun ke Perak"

sernoknya cerita raya zie...selamat hari raya zie

seronok beraya anak dara tu erk..bukan main melaram...

seronok betul beraya. bila IQ boleh beraya rumah kak suzie ni? hehe

Selamat hari raya zie...
Wah meriah sungguh raya,dari Gombak ke Penang pekena nasi kandaq noh. Awat tak lajak sampai Kedah, buleh mai beraya rumah kak :)

tahap top chef mmg mcmtu. bila masak je, taste mmg komfemmmm mentenn delicious!!! jgn pertikaikan ok nasi arab tu. hahahhahahhhaa.. dush2! tq sudi datang umah walau umah i, lagi 10km nak masuk amsterdam. hahaha

sakan jgak zie beraya ya tahun ni. Kami satu family tak ke mana sangat. Satu family demam panas, dok rumah ja banyak. hihihi...

hamboi2 baju dia kemain letop2.

ni memang raya sakan namanya.Lawa-lawa OOTD Zie, terutama first Syawal. Selim melim akak kite.Raya ni belum makan dodol.terliur lagi..haha

seronok ada anak perempuan ye..hehe

Cantiknya anak beranak di ahri raya

Selamat hari raya zie. Maaf zahir batin. Hopefully masih belum terlambat lagi nak wish

selamat hari raya eda..

selamat hari raya p.cik

dia mmg suka melaram..

bila2 boleh dtang..marilah dtang beraya

yeke, kalu dak boleh jalan2 kedah ..tq kak insyaalah ada rezeki kita jumpa

kalu tak boleh lajak sikit ..dahhhhh sampai amsterdam hahaha

yeke, sian akak, semoga cepat sembuh semua

dua pasang tu je pon ulang2 hahaa

dodol tu limited edition, ramai yg tak tahu tahap kesedapan dia..hahah
slim pe yer..lemak tertingkat2 kasi sorok daaaa..bahaha

anak dara tu mmg suka melawa..penin melayan

selamat hari raya, radhia

Selamat hari raya, DP

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top