Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Open House

Zie Azi | 12 July 2017,09:30 |
Macam biasa setiap tahun mesti beraya rumah sedara, walaupun dah jumpa kat kampong, rumah kat KL mesti nak datang beraya jugak. Macam minggu lepas turn orang Puchong datang beraya KL, minggu depan turn orang KL datang rumah puchong. Ini macam open house untuk sedara mara, ada jugak jemput kawan2 datang, ini kan rayaaaaaaaa

Termasuk la rumah mak kat gombak, usually memang setiap tahun sedara mara, cucu, cicit mak akan datang berkunjung. Aku dengan wani pening fikir nak masak pe, biasa mak yg arrange masak pe, kali ni semua kena handle sendiri. Macam tahun sebelum2nya, arwah mak tu akan masak macam2 jenis lauk, mak cakap biar orang datang pulang dgn perut kenyang, bukan perut kosong.

Kitorang masak awal pagi, aku masak rendang ayam, wani masak lodeh, lepas tu ada laaa tambahan menu lain, pecel, lontong. Aku bantai je masak rendang ayam, kalau sedap tambah banyak, kalau tak sedap ontok-ontok yo, dah pesan kat mak cik2, jangan pandang rupa, rasaaaa dulu, dah rasa mesti nak tambah lagi bahaha

 post kat iG, ramai komen muka Fina lagi flawless dari mama...elleeeh trik camera je tu 

Dah siap masak, nak gi jalan beraya rumah ucu kejap, lepas tu baru sedara serbu rumah mak. Awal pagi aku dengan wani kelantang keluntung kat dapur, semua dah siap, nanti tetamu datang tinggal panaskan lauk, senang keje.


Azeq tanya 'mama, nape pipi mama wana pink'
Aku cakap letak sos, hahaha


 Diorang datang terus serbu dapur, kitorang memang macam ni, takde segan silu, nak makan ambik je, kalau malu2 kucin, lapoooor la

Tapi kalau korang tengok kerusi yg hujung tu kosong, takde orang duduk, bila tengok balik entry raya tahun lepas, ini yg aku jumpa
v
v
v
v

Raya tahun 2016 - link sini

Terus tiba2 sebak, teringat pulak kat arwah mak, mak memang suka duduk situ layan tetamu. Kalau tengok menu, lagi banyak menu raya tahun lepas. Ini testing bagi kami adik-beradik, selama ni harapkan mak je, bila mak takde terpaksa handle sendiri. Bila terpaksa baru pandai, kalau tak, masak pun tak reti, ada hikmah dari apa yg berlaku.

Tak rugi buat blog, sekurang2nya terubat rindu dgn arwah mak

 sepupu + anak buah, ada ramai lagi, tah mana2 main

nenek pun ada.

Sebelum ke sini, nenek singgah kubur, nenek yg pakai tudung hijau, masuk2 rumah terus bergenang air mata dia, dia cakap rindu kat anak dia (arwah mak), dia cakap 'dia' hidup lagi, anak dia yg pergi dulu. Inilah satu2nya onyang yg ada, semoga nenek diberi kesihatan yg baik & sentiasa dimurahkan rezeki.




-zie-
3 Komen untuk "Open House "

inilah nenek Zie ye..alhamdulillah nampak sihat dan kuat lagi. al-fatihah untuk arwah Mak.

meriah tengok jaudah tu..aof courselah tolak malu dulu...makanan sedap tu
~ Kisahsidairy~

Wah, nampak meriah betul suasana hari raya awak, Al-Fatihah untuk arwah mak awak..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top