Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Petting Zoo

Zie Azi | 28 July 2017,08:30 |
Rutin biasa lepas balik keja, balik rumah mesti masak. Kalau weekday jarang makan luar kecuali Amir balik awal, Amir memang balik lewat almost 7pm ke atas. Budak2 ni aku yg handle. Petang hantar mengaji, balik rumah nak prepare untuk makan malam. tapiiiii...kalau bapak dia balik awal memang masing2 berebut nak duduk celah kangkang bapak dia, dua2 berebut mintak di dukung macam bertahun tak jumpa. Mama kat sini macam halimunan di buatnya.  

Nanti aku akan tanya anak2 nak makan pe malam ni, budak2 ni biasa makan tak demand & tak cerewat. Kadang2 telo kicap dengan nasi panas pun jalannnnnn, dengan aku sekali menyuap sama.

So, semalam.. Azeq nak makan nugget, Fina nak makan sup cendawan..(cittt senang sangat permintaan budak2 ni, sambil goyang montot pun boleh masak) lepas tu, nak masak sambal sardin hancur, tumbuk bawang, letak cili banyak sikit. bila makan peerghhh sedap. Sedang masak kat dapur, aku dengar...

'lari Fina, lariiii..ada buaya' 

Fina jerit2 mintak tolong... 'arghhhh buaya, buaya...lari..lari'

'abam, cepat naik kuda' Fina panggil abg dia (Azeq) 'abam', tak pandai sebut 'g'
kuda dia adalah walker car dia...cutenya budak2 niiiii

'tangkap arnab tu, nanti buaya makan' sambil tunjuk kat suatu sudut

confused aku  'arnab?????'  mana datangnya arnab

Aku intai dari dapur, there was nothing at the corner, guys

Aku pun berhenti masak kejap, join diorang main 'petting Zoo'

Aku berlari dari dapur, cakap aku adalah 'tiger'

'Tiger mom datangggggg..urgghhhh'

Mencicit diorang lari..kah kah2

Lengkap rumah penuh dengan petting Zoo 'olok-olok'

So, i think this weekends kena bawak diorang pergi Zoo. Tiap kali lalu kat Jalan Ulu Klang tu, mesti ajak masuk Zoo, ingatkan masuk petting Zoo kat Lost World of Tambun tu selamat tak payah masuk zoo. nampaknya gayanya kena jejak jugak Zoo Negara tu. Tiket masuk dah laaaa mahal...bertabah..

urhhhhh

balik semalam, kalau dengar motor bapak dia balik keje, kelam kelibut dia lari cari port menyorok..Fina macam biasa la, sorok muka, kaki nampak, Azeq mana ?? pernah cerita main sorok2 kat SINI..lagi kelakar

 kerusi tu nak aku humbankan, dah koyak2 teruk sangat ni, tunggu masa je, tapi Amir cakap sayang pulak !!

Nak tahu mana sorang lagi, klik video kat bawah ..



hahaha...


-zie- 
10 Komen untuk "Petting Zoo"

Hahaha.. comel je nyorok cengitue..

Meriahhh...hihi....dah dapat bayangkan suasana dorang kat zoo imaginasi dorang tu...mak dorang join sekali..lagi seronok =)

Haha comelnya. Senang nk cari pula tu ye :)

anak-anak bagi hint..hehe

Haha..jadilah kan petting zoo free hari2 tau..

Wah tinggi imaginasi depa na...seronoklah main sama2..

Cute je diorg menyorok ye 😊

Tinggi imaginasi dorang ni, insyaAllah anak yang bijak besar nanti... Hihihi gamaknya bebudak memang nyorok gitu la, asal dia tak nampak orang, dia ingat orang tk nampak dia, hahaha.

seronok bermain dengan anak2 ni, comel je si fina tu menyorok hahaah

ha ha ha so sweet.
making the ayah happy balik umah.
ilang segala stress kej, kan.
a'ah la zie. mahal zoo negara mak aii!
aida dah bwk anak2 ari tu. serik nyer nak masuk lagi.
tak tgk panda. kalau tgk panda, tambah double bajet.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top