Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Rumah baru mak

Zie Azi | 1 July 2017,14:51 |
Tahun lepas masa 'hari ibu' sempat jugak beli present untuk hari ibu. Buat surprise sikit. Sempat jugak mak melaram dengan handbag baru dia. Every year kalau sebut je tentang hari ibu, confirm keluar macam2 pendapat. Halal haram, ikut omputeh la, kapir la, ambik kou terus di kapirkan.

Tak amik port pun pasal benda2 ni semua. Lebih kepada celebrate special untuk mak. Seharian, bertahun2 penat mak membesarkan kita, tak salah untuk special kan mak kita. Kalau kita boleh sambut weeding anniversary, birthday party bagai nak rak, kenapa tidak hari ibu. Kita sendiri je tahu niat kita macam mana.

Kisahnya, bukan pasal 'hari ibu' ceritanya berapa kali sambut special day dengan mak kita?

Sajauh mana kita kenal mak kita.
Mak suka makan ape? kasut saiz pe? favorite color dia? darah jenis apa? suka bunga pe?
Belum tentu kita boleh jawab dengan betul, tapi seorang ibu boleh tahu perangai sorang2 anak dia walaupun ada 8 orang. Boleh hafal anak2 dia suka makan pe, sekali pakej jenis darah pun boleh tahu. Curi2 jumpa boyprend pun dia tahu, makan curi2 time pose ponnn dia tahu, walaupun minum air paip jeeeee.

Lagi mau cakap 'hari2 pun hari ibu' tahik hahaa
eloknya tukar, 'hari2 buat mak pening' 

Baru ni nak merasa. Bila anak2 dah besar, dah de duit, dah kerja, boleh keluar duit sendiri untuk special kan mak, tapi semua tu tak lama.

Sekarang ni mak dah pindah rumah, mak tak duduk dengan kitorang lagi. Rumah mak lagi cantik, tesergam indah. 'mak' sedang berbahagia disisi penciptaNya. Kalau dulu balik rumah mak, mak ni la yg sibuk hidangkan air, sibuk hidangkan makanan, tanya nak makan pe! minum pe! walaupun kita cakap takpayah 'mak duduk je'

Rumah baru mak

Rumah baru mak

Aku selalu ingat ini mimpi, selalu ingat lepas bangun tido mak akan ada depan mata.
Selalu ingat mak pergi kursus 5-6 hari, lepas tu balik.
Tapi kita kena sedar, REDHO. Inilah kententuanya. Semua ini dah tertulis, hidup, mati, jodoh, rezeki.
Aku bersyukur Allah pinjamkan mak kepada kami sehingga kami adik-beradik dah besar. al-fatihah untuk arwah mak di iringi doa dari anak2.

Raya tahun ni berbeza sikit. Pagi selepas sembayang raya ziarah 'rumah baru mak'
Lepas tu, baru plan nak balik kampung ke, adik beradik yg dah berkahwin nak balik rumah mertua ke. Terpulang.

Rumah baru mak

Aku raya ke-2 balik ke Sungkai. En.somi pulak tak dapat cuti raya lepas raya, dia balas dendam amik cuti seminggu awal sebelum raya. Lepas tu jadi driver pergi balik amik aku gi keje DAN jadi baby sister duduk rumah jaga anak, plus meroyan sensorang, baru tau pening tak pening jaga anak. Dia cakap better dia kerja laaaaa. bahahaa


Selamat Hari Raya Aidilfitri, salam maaf  0-0


-zie-
Tag : Family, Hari Raya, mak
20 Komen untuk "Rumah baru mak"

Selamat hari raya ...
Semoga mak awak ditempatkan disisi orang yang beriman.
Takziah.

alfatihah...ada sebak sy baca entry ni..moga mak awak ditempatkan disisj org2 beriman...;(

Jgn lupa hadiahkan doa dan alfatihah setiap kali lepas solat. InsyaAllah mak awak di tempatkan bersama org2 yg beriman.

amin..insyaAllah..selamat hari raya juga

alfatihah..amin ya rabbal alamin..
selamat hari raya irda

insyaAllah amin ya rabbal alamin..
tq ana, selamat hari raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Zie..
LZ sedekah al-Fatihah untuk arwah ibu Zie.. Sebak baca cerita Zie..

Bab sambutan Hari Ibu LZ setuju, ikut niat masing-masing tak perlu kata mcm2 kafirlah, Kristian, gereja etc.

Al-Fatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Semoga mak zie bahagia di rumah baru diiringo\i doa anak-anak. Selamat hari raya untuk zie dan keluarga ye

selamat hari raya LZ..balik mana raya ni

tima kasih pak cik, selamat hari raya

tima kasih sal, selamat hari raya utk sal & keluarga

Selamat hari raya, semoga mak ZA ditempatkan dikalangan orang2 yang berbahagia di sana

Semoga mak kamooo tenang dan aman di alam barzakh. Kita kehilangan bapak pun dah nak masuk 13 tahun still rasa2 dia masih hidup. Still mimpi2.

tq raihanah & selamat hari raya

tq anis, selamat hari raya

selamat hari raya zie..

memang itulah yang dirasakan, saya ni walaupun dah hampir 10 tahun mak ayah pergi, tapi tetap juga merasakan mereka masih ada mereka cuma pergi makkah tunaikan haji.. itu je lah yang difikirkan pun, bukan tak redho, redhoa cuma perasaan kita kan macam tu lah

raya tahun ni tak berkesempatan ziarah rumah arwah ummi IQ lagi sebab rumah ummi IQ dekat dengan rumah kakak, rumah kakak jauhnye masuk ke dalam dekat chemomoi sana, InsyaAllah nak juga singgah sebelum syawal habis. rumah arwah suami IQ senang nak singgah, tiap kali balik melaka mesti singgah. apa2 pun doa buat mereka jangan pernah putus

Semoga arwah Mak Zie ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top