Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Malam minggu di Food Truck Wangsa Melawati | nak makan cendol durian

Zie Azi | 7 August 2017,09:00 |
Sekarang ni kat mana2 semua up citer makan cendol durian.. Banyak tempat dah ada cendol durian ni, di sebabkan kuasa media sosial dah menghantui DURIAN dalam kepala otak ni.. nak try makan cendol durian kat Jalan Raja Alang Kampong Baru tu. Pantang dengar nama durian, laju nak gi. Nak gak rasa kadang2 yg viral ni belum tentu sedap, sampai2 dah siap duduk.. brader tu cakap 'kak, durian habessssss' cisstttt durian takdak..So tak dapat nak bagi berapa bintang sebab tak makan pon.

Decide lain nak makan ayam penyet leleh kat Kampong Baru, kalau dapat tempat duduk elok.. sambil makan boleh menghadap view KLCC, ajet2 dalam filem Sembilu arrr.. sekali sampai 'tutup' 
ehhhh pe hal ni..boikot ke haper. wrong timing la !!

Nak makan cendol durian, durian habis..nak makan ayam penyet..kedai tutup..

Ni namanya takde rezeki, kalau makanan tu dah sampai ke bibir mulut, dah sentuh kat bibir pon, pappp jatuh ke tanah, takde rezeki, kalau Allah tak izinkan kita  makan, maksudnya HARI ITU bukan rezeki kita, mungkin rezeki orang lain.. so tak payah nak kecewa sangat ..

Tiba2 teringat Food Truck kat Dataran Wangsa Melawati yg dekat dengan Manjaku, KWSP, area yg banyak butik Benang Hijau, butik D'yana, Restoran Wangsa Grill Chef Zubir, dekat2 situ la. 

Ada banyak food truck kat sini, lebih dari sepoluh kot. Duit pon habes berpoluh2, kalau datang sini takde istilah bawak duit gam2 soi, memang tak boleh tahan nasfu 'MAKAN' bahaha, kalau bab makan tak kisah berhabis banyak pon, janji puas, yg tak puas hatinya bila kita nak sangat makan.. tapi tak sedap.. spoil betol laaaaaaa.

Cendol durian, RM10.. cendol pulut durian pun ada.. tapi tak amik.. Rasa dia biasa je, sebab durian dia dah kaut buang biji, orang nak yg ada biji durian.. baru de feel.. boleh la kalau nak buat basah2 tekak.

Awal2 bismillah tadi memang nak makan cendol durian, tapi ada banyak food tiba2 nak makan takoyaki, lepas tu nampak mangga susu, pon nak jugak, meatball pon nak makan, nak char kwe tiau lagi.. ehhh banyak ye nak makan..habess ke... sampai Amir Khan sound 'habis ke ma.. makan banyak2 ni' bahahaa selamber jawab 'habessssss, askar ramai' bahahaa 

 meatball RM5, yg ini pon sedap

 uiiiii.. takoyaki ni sedap..aku amik mix..siap beli lagi, tak cukup 6 ketul.. RM6.90

char kwe tiau, ini aku punya

roti john kambeng..

Wani makan set daging rusa, first time makan daging rusa..rasa dia lebih kurang macam daging pelanduk. adek cakap, lepas makan ni jadi pandai la..semua tercengang pandang dia.. mulut kumit kamit tengah makan.. 'yela, kancil kan bijak, lepas makan daging kancil nanti jadi bijak' bongoks ni.. ni daging rusa.. bukan kancil bahaaha

Amir Khan makan nasi lemak dengan cendol durian, Azreq makan chicken chop, a'a makan biryani kambeng.. malam tu yg sedap takoyaki dengan meatball, yg lain biasa2 je. Nanti nak try cendol durian kat tempat lain pulak.

dengan aku terlibat sama, tu yg nampak kaki terjelir, konon nak jadi driver bus, tiba2 rasa diri macam beso sangat..terus pindah belakang jadi penumpang hahaa

sebelum balik, Azeq ajak bergambar kat sini. Fina tido, adek yg pangku, dia kalau dah gantuk sangat, ribut taufan pon tak sedar. Kadang2 kat sini ada orang pakai custom Spiderman, Batman, Iron Man.. malam tu takde pulak.. frust je budak2 ni.. lepas tu ada budak kecik pakai baju tido Spiderman.. dia punya tunjuk macam jumpa spiderman betul.. malu mak kau ni..

Princess Fina di buai mimpi

Malam minggu ari tu, dapat whassap dari Nana, dia cakap ada kat Manjaku area Wangsa Melawati.. Nana ajak mengeteh cendol durian, moh la kita berdating bawak anak..Malam minggu hari tu datang lagi melawat kawasan kali ini lepak dengan Nana, konon taknak makan apa2, sekali haaaaa kou.. Amir belikan meatball set RM11 hengget..nasib sedap.. tak jadi nak kecam 'mahal' kah2 kahhh Nak meatballs 5 hengget je hahaa

 nampak sangat muka jarang keluar malam bahaa.. kemain sedap Aisy menjilat jari. kat belakang tu ada brader buskin, tapi spoil sebab tengah nyanyi blackout, kerap blackout la, kesian depa nak nyanyi terbantut

Diorang nak bergambar kat sini, ari tu pergi Fina tido.. marah dia nape tak kejutkan dia...ellleeee Fina Finot ni.

 Kalau malam minggu memang heaven, ada pulak rental toys car kat hujung tu, asik kat situ je la dok menghadap.. kesian nengok muka masing2..ok la anak2... mama lanjer.. Kecik macam Fina punya RM10 untuk 20 minit, kat rumah pun hader macam ni, tapi rumah bukan luas, ke depan ke dapur, nak konar sikit kang langgar pasu 

Azeq punya kena amik truck yg besar sikit, yg ni RM15 untuk 20 minit.. aku mintak yg kecik macam Fina punya, orang tu tak bagi sebab nanti tak jalan sebab badan beso... pandai ko kan niaga.. pejam je la mata untuk 20 minit RM25 hengget..

-zie-
13 Komen untuk "Malam minggu di Food Truck Wangsa Melawati | nak makan cendol durian"

Uish banyaknya makan zie :p

Akak baru plan nak pegi, awak dah sampai dulu ye...

roger2 la kalau gi.. boleh mengopi sama..sy stay dekat2 situ je hahaa

best rupanye dataran food truck ni, IQ selalu nampak tapi tak ada orang nak ajak singgah, so...melihat dari kejauhan je la kalau lalu...sobs....

eh suka food truck punya konsep ni, rasa nanti nak pergi laaa

lagi makin menternak lemak la jawabnya kalau ke sini kang..nasib baik jauh..,hahaha..tpi durian cendol tu memanggil² la

Tuu diaa Azie, semua nak rasa ye,nak cuba lah sekali nanti pergi food truck ni :)

menarik nyer zie. hadoi! especially cendol durian tu.
kat melaka mall tu ada gak truck jual cendol durian tau.
lom try. sebab ari tu tak terasa nak merasa :) ha ha ha...
now durian fever, mcm nak kena rasa ekk.
tapi tu la kekadang kat truck gini biasa nyer durian frozen.
takut kecewa plak nanti hu hu hu...

akk pon dah lalu banyak kali..baru ni ada kesempatan nak singgah.. kita ni duduk dekat je kan..tp tak pernah terserempak kan..hihii

bnyak pilihan..yg taknak mkan pon tiba2 teringin nak hahaa

sebenarnya niat nak makan cendol durian je...sekali nafsu makn mengatasi segalanya hahaa

tu la..nanti nak try rasa cendol durian kat tempat lain pulak..

haha..datang tempat macam ni kena bawak duhet..viral kan cendol durian..teringin gak nak makan ni..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top