Last day school



Last day school

Jumaat lepas last day school untuk penghujung tahun 2017.
Sekolah Azeq buat jamuan akhir tahun untuk last day school, buat potluck dan penyampaian hadiah sikit.

aktiviti ni tak wajib pun untuk parent datang, 
kalau ada parent yg join, cikgu lagi alu2kan .. lagi meriah majlis dapat support dari parent
tapi aku pedulik hape nak datang gak, dah last sekolah, majlis bukan lama pon
habis ucapan, penyampaian hadiah, makan2 lepas tu boleh balik.
pakaian pun bebas, tak payah pakai uniform sekolah, lagi syiok aku tak payah gosok baju uniform Azeq

Lepas ni school break panjang tak jumpa dah kawan2 dia.
better amik peluang ni untuk melalui zaman kanak2 dia, 
aku dulu still ingat zaman tabika, kawan dengan sape, main kejar2 sampai masuk longkang. longkang besar lak tu air dah la hitam.
balik umah memang kena marah la, pakai sabun May tu sampai 3 ketul..bau longkang tu tak hilang..tak tentu pasal dah kena panggil budak longkang.. Bongok betol!! Bahaaha
nasib tak kena sental dengan sabun serbuk

Last day school

Majlis start dengan cikgu bagi ucapan..
agak touching jugak ucapan yg cikgu bagi, dia cakap dia baru dalam bidang cikgu ni, baru mengajar dalam tiga tahun, dia mohon maaf kalau ada ibu bapa yg kecik ati dengan cikgu, terkasar bahasa, segala teguran yg cikgu bagi semua kebaikan untuk anak2, kalau cikgu ada marah ke cikgu minta maaf, cikgu sayang semua anak murid cikgu, lepas tu diam..... greyyyyyy nangis

cikgu dah banjir, kesat2 air mata dengan tudung, 
aku ni hati tisu tak leh tengok orang nangis nanti ikut nangis sama.

Sedih pun tiba2 teringat kat arwah mak, mak dulu pun cikgu tabika, dia sayang anak murid dia seperti anak sendiri, tak semua orang ada jiwa pendidik yg bagi sepenuh jiwa untuk membentuk budak2..Salute sangat kat cikgu

tapi yg tak sangka tu 
ada orang lagi yg hati kapas
anak bujang tu macam faham perasaan orang dewasa, dia duduk belakang aku,
aku dengar srott srettt, pandang belakang nengok Azeq yg sedih.
tak caya.. tengok ni 
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Last day school

nampak tak anak panah merah tu, dia membelakangkan semua orang
kawan2 lain lex je dengar ucapan cikgu macam nak sambut merdeka,
tapi .. Azreq
dia badan je sado, tapi dalam hati ada taman
bahahaaa

Last day school

Dalam wassap group cikgu suruh listkan potlak untuk kanak2
Aku laju2 balas 'azreq sufi bawak nugget gan air kotak' #bendaSenang
pilih yg senang, malas nak renyah2..
senang sangat goreng nugget, pejam mata pon boleh goreng hikhikk
pagi tu dah siap goreng baru fikir nak letak dalam bekas apa?
takkan nak letak togel dalam bekas tergolek2 nugget tu, dalam pukul 7 pagi aku lari kejap gi KK Mart beli lidi satay, nasib KK Mart bukak 24 jam
kemas sikit cucuk nugget gan sosej kat lidi satay, budak2 pun senang nak amik

Lain kali aku nak cop bawak nugget gan air kotak, laku keras.. tak sampai seminit.. habesssssss
Aku goreng 1 paket sosej cocktail, 1 paket nugget. Nugget beli jenis yg Tempura, nak jamu orang makan bagi yg sedap sikit,

bila buat perkiraan dapat la 30 cucuk nugget... itu pun dah kena cukai tah berapa cucuk, aku tengah siap kejap2 anak bujang tu gi dapur, satu-satu dia tibai..

Last day school

air kotak pon aku beli Milo yg kecik2 tu dalam 40 pcs
kalau beli teh bunga ke laici ke nanti minum tak habis
Kebetulan air kotak milo ni ada sale kat Aeon 8 pcs RM6.50, terus borong banyak buat stok kat rumah sekali, kat esbok aku tu dah macam jual air kotak, dengan vitagen lagi, air kotak dutch lady pulak offer RM1 sekotak, borong lagi.

penuhhhhhhh air kotak dalam peti sejuk, nak tutup pintu pun kena senget2 kan, 
kang kejap2 diorang ni bukak peti sejuk bunyi gedepaggggg, sukoti je tutup pintu macam lempar bola ping pong, kang datang sorang bukak gedepanggggg. 
aku jerit je terus mencicit lari. arrrrr geram aku!!

Last day school
 antara food yg parent sumbang, kek birthday pun ada, goodies bag lagi

Last day school
 mee kicap, macaroni goreng, sandwich, bihun sup 

Last day school
apam polkodot

Last day school

aku paksa dia cium aku, sampai kemek2 hidung..
ok je dia cium aku depan kawan2 dia,

Last day school

now, budak ni dah pandai membaca, atleast dia boleh membaca walaupun kalau de noktah dia main langgar.
Riso gak kalau masuk darjah satu tak pandai membaca, tapi push dia dengan buku latihan, dan tiap kali keluar kalau dia nak komik ke aku belikan, tak kisah keluar duit untuk buku
Sekarang dia tengah gila komik BoBoiBoy gan Ajen Ali.. sikit2 BoboiBoy
gaya baju BoboiBoy ponnnnn dia nak tiru, pakai topi lepas tu nak pakai baju yg ada hoodie macam sweater, tak sesuai betol dengan cuaca kat negara kita, kan panas. stress haku!!

Nak sangat pakai aku bagi je, lepas tu tak sampai 1 jam mintak bukak, kannnnnnnn dah kata tak sesuai.



-zie-
8 Komentar untuk "Last day school"

hehehe, dah hbis dah school dia, best buat potluck tu....macam2 makanan ada, bestnye tengok!

teringat zaman tadika dulu.tradisi ni kena kekalkan, lagi best dari jamuan kat hotel.haha.Anak bujang zie jiwa sensitif sebenarnya walaupun sado.nasib baik tak suruh buat ucapan, kalau tak ucapan tak habis air mata yang berderai

bestnya bukan makan-makan camni. Comel je Azeq touching gitu :)

Meriah sungguh menunya.
Selamat bercuti Azeq.
Jangan buat mak bersilat kat rumah.

dia memg penyedih orgnya.. hahah

hati tisu ye zie. ana tgk keadaan. kadang kental lah juga.

giler kentang boleh ingt kawan sek tadika. ana lupa terus dah. hahaha.

selamat menempuh sek ren azeq.

tahun depan dah masuk sekolah darjah 1 eh..rajin belajar tau

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top