Sembang Wayang : Jumanji Welcome to the jungle best tak



Jumanji Welcome to the jungle

Movie Review : Jumanji Welcome to the jungle | Aku memang tertunggu2 cerita Jumanji sebab dah lama sangat Jumanji tak keluar cerita baru, last Jumanji yg 1st pada tahun 1995. ramai yg review citer ni best, standard la citer omputih semua review best.

So, hari tu dah settle beli barang sekolah anak2, takde plan nak gi mana, ternampak banner kat highway ada iklan wayang citer Jumanji : Welcome to the jungle. Unexpected plan, terus beli online, itu pun dapat twin seat duduk belakang sekali, beli 2px twin seat, tak kisah la selesa sikit 4 beranak duduk.

Synopsis citer ni kisah 4 orang remaja yg didenda terpaksa membersihkan bilik stor dan terjumpa permainan Jumanji, selepas mereka memilih karekter avatar masing2 mereka disedut ke dalam game Jumanji dan tiba2 tercampak kat dalam hutan, permainan Jumanji ni misteri gak la sebab kalau game over.. in real life pon mati, so kalau dah terjebak dengan permainan Jumanji terpaksa teruskan sampai habis, kalau taknak teruskan duduk la nko dalam game tu berpuluh2 tahun.

Jumanji Welcome to the jungle

Review Filem Jumanji : Welcome to the jungle
First impression tentang filem ni 'awesome' 
pembukaan cerita yg agak lambat (mungkin aku tak sabar nak tengok diorang masuk dalam Jumanji) tapi tak lama lepas tu menarik, banyak yg kelakar.

Lakonan yg cukup mantop Dwayne Johnson (Dr. Smolder Bravestone) biasa kita tengok the rock belakon ganas, abang sado, exsen dengan six pack dia, kali ni berbeza seorang yg cheeky & penakut, badan je sado kalau pe2 hal dia lari dulu, dalam citer ni semua pandai main watak masing2 ada kelebihan & kelemahan, lakonan Jack Black (Professor Seldan Shelly Oberon), Kevin Hart (Moose Finbar) banyak part kelakar, dua orang ni banyak buat lawak bodo. Karen Gillan (Ruby Roundhouse) yg konon ala2 mortal combat pakai baju separuh dengan seluar pendek kat dalam hutan buat dia bengang, dia kan ala2 muslimah omputih. Baju & perwatakan dalam permainan ni semua Jumanji yg tentukan, nasibla dapat yg mana. 

Ending dia, (tak suka sorok) semua jadi ok bila dah letakkan batu kristal kat tempat asal Jaguar, everything jadi normal balik, tapi aku mengharapkan more action lagi sebab macam tak puas.

Kalau nak bandingkan Jumanji (1995) dengan Jumanji:Welcome to the jungle (2017).. aku lagi suka Jumanji yg 1st, sebab rasanya banyak binatang dalam yg 1st, banyak aksi yg mendebarkan dengan monyet bawak motor polis la, nyamuk besor, labah2 gergasi, pokok hidup. Kalau aku tanya Amir, mana yg best Jumanji 1st ke yg baru ni. nanti dia cakap Jumanji yg baru best, sebab Jumanji 1st dia tak tengok..
ceitttttt podahhhhhhhhhhh !! memang tak boleh buat perbandingan laaaaa sebab tak tengok yg first

Berapa bintang?
Untuk Jumanji : Welcome to the jungle hakak kasi 4/5 bintang. Jalan cerita yg menarik, kelakar, action dan ada part yg hint2 tak senonoh sikit. adegan cium2 tu de la standard la omputih.

Anak-anak boring tak?
Diorang bila part binatang keluar ok kejap, bila time cakap2 dah start bosan.. yela bukan cerita diorang kan. sebenarnya yg nak tengok wayang mak bapak dia bahahahah 
ahhhhhh asyik nak layan citer diorang je, bagi mama & abah nak dating (dating anak celah tengah, jadilaaaaaaa) kalau nak tinggal pun dengan sape, so hangkut anak2 tengok wayang. Dalam panggung part elephant keluar dia pun lompat2 macam elephant. Nak bagi diam aku bagi diorang main youtube, aman dunia kejap.
Ada satu part tu aku tak dapat tengok sebab Fina nak kencing.. arggghhhhhhh rugi, dah la tak boleh pause!! 



-zie-
1 Komentar untuk "Sembang Wayang : Jumanji Welcome to the jungle best tak"

hahaha lawak jugalah.. hmm tp bagi sy boleh lah.. haha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top