Chicken Chop bajet RM5 Cafe Dr.M3, Petaling Jaya



sabtu lepas kitorang tersasar ke area PJ sana, laki yg de keje anak bini yg sibuk membontot.
settle keje.. pi makan kat Cafe Dr.M3 area PJ, area mana aku tak sure sebab kawasan Petaling Jaya ni bukan hadam pun.
suami tahu la sebab ni memang kawasan dia.
husband cakap ada satu kedai chicken chop bajet RM5, rata-rata makanan dalam tu dalam RM5, kalau time happy hour boleh jadi sampai RM3.90. ada timing dia start dari pukul 3pm - 5pm.
aku pergi bukan time happy hour, so harga normal price (dah macam happy hour macam kat sogo pulak)

first impression, tak excited sangat.. bukan belagak sebab makanan murah, cuma takut pe yg kita harapkan lain jadinya sebab takut jadi kita makan tak puas, portion makanan sikit ke..
better bayar lebih sikit biar dapat makanan yg sedap dan puas makan.
tapi takpe kita try dulu kot mana tahu sedap ke...tak cuba taktahu..
Makan ni bukan pe sangat pon sedap kat tekak, sampai dalam perut jadi taik jugak bahahah
ITUuuuuuuu first impression. 

Tapi, 2nd impression!!
pusing 90% degree, takla sebajet yg kita harapkan.. anak-anak pun suka,
this time nak share experience makan chicken chop bajet 5 henggit kat area Petaling Jaya, kalau nak datang sini waze je confrim jumpa walaupun nama pelik. 
nama kedai Cafe Dr.M3 tu ada story tersendiri.. nanti story later..
dengar citer cafe dr.M3 ni dah risik-risik nak masuk JJCM tv3.. pe2 pun tunggu je la nanti.

macam ni la portion RM5.. takla banyak sangat DAN tak sikit sangat.. sedang-sedang. Memang kenyang makan. janji black paper sos dia sedap, semua boleh pejam mata. lamb chop ni laki punya, dia dengan kambeng berpisah tiada.. dah halfway baru teringat nak snap ngegeeee

 kami fempuan-fempuan.. si sulong dan si bongsu

 daddy girl

tetiba order nasi goreng udang.. mula-mula nak order maggi udang galah, tapi takde pulak

budak demok yg dah ready dengan senjata dia.. dia memang suka western food, ntah ikut sape taktau.

budak ni ajet-ajet je. apa abang dia buat dia tiru.. bukan makan sangat pun

habes 1 plate chicken chop.. tak lama tu budak demok ni bisik kat bapak dia.. nak tambah chicken chop lagi.. haaaaaaa

order grill chop pulak... dah habes 1 plate baru teringat nak baca doa. comel dia baca doa dengan tangan demok dia tu, kadang2 kalau geram aku ramas-ramas tangan demok dia, jari dahlaa pendek-pendek sama pendek macam mak dia hahahaa

2nd plate.. kali ni amik yg grill pulak, dia pesan jangan siram kuah mintak sos asing. Konon bapak dia nak tolong potongkan, takpe dia boleh buat sendiri, dia pegang pisau gan garfu tak kekok pun, ntah ikut sape tekak western, mak jawa.. bapak banjar.. sorang iwak leleh, sorang iwak karing sapat bahahaaa

chicken chop sesuai portion dengan Nana nurgaya tu, compom habes laa.. kalau aku ni yg 2x kali saiz nana mau mintak dua plate gak macam Azeq 

order laksa dengan cucoq udang.. perghhhhh sedap nak mammxxxx.. laksa dia sedap, cucoq udang dia makan panas-panas cicah dengan kuah kacang, sedap...cicah pulak dengan kuah kacang, kuah kacang tu minta tambah sebab mana cukup sekeruk macam tu.. aku suka makan keruk kuah, baru berasa kacang dengan cucoq udang.

 sibuk je interfrem.. cantikkan deko kedai dia.. colorfull macam kedai arab.

kedai dia macam ni. sederet dengan klinik Famili TTDI

Ok.. tadi nak story pasal kedai ni,
Owner kedai ni seorang dokter - Dokter Mansor ada anak kembar lelaki 3 orang Ifran, Irman dan Ihsan. macam dalam citer p.ramlee hamidah, rafidah, kasidah, jalannnnn daaaaaa.. Nama kedai dia ni inspirasi dari anak kembar 3 dia la.. kerusi kedai no.3 tu dia yg reka dengan pvc. Dokter ni ada klinik sendiri sebaris dengan cafe dia, senang dia nak handle cafe gan klinik dia, selepas arwah isteri dia meninggal dokter ni yg banyak take over hal cafe.. itu je 

"Dr.Man cakap biarlah untung dunia kita sedikit, sambil kita berniaga sambil-sambil niat sedekah. Mudahan peroleh sedikit pahala untuk arwah isterinya dan untuk semua anak-anak & staf untuk bawak bekalan akhirat inshaAllah"

tertarik pulak satu artikel yg ditulis Dr.Man
Sedih pulak baca.. teringat kat arwah mak.. apa yg Dr.Man tu cakap betul.. sambil berniaga dia niat bersedekah mudahan peroleh sedikit pahala untuk arwah isteri dia. 
atas reason ni laa penguat cafe bajet dia 'chicken chop 5 hengget' dia dah niatkan BERSEDEKAH..
sekarang, banyak dah kedai-kedai bajet macam ni, bukan sebab diorang ni miskin.. sebab diorang dah niatkan bersedekah, bersedekah ni luas.. bukan dengan duit yg diserahkan dipanggil sedekah.
betul, sedekah tu menyuburkan harta dan membersihkan jiwa. Cuma perlu berhati-hati, bersihkan niat dan beri dalam kadar kemampuan kita. Salah satu cara untuk mengikhlaskan hati dalam bersedekah ialah menyembunyikan ia dari pengetahuan sesiapa, jangan pulak up status kat fb 'Alhamdulillah, baru derma 10k kat tanah wakaf, semoga diberkati..amin' 
jahanam... hahaha


Masakan panas pun ada juga, tapi yg special chicken chop 5 hengget. Kalau taknak chicken chop boleh try menu lain, laksa, nasi ayam, cucoq udang pun sedap.

Cafe Dr.M3
No.13 Jalan Seri Manja 10
Petaling Jaya

FB : Cafe Dr.M3
03-77709805
Buka 12pm-2am
happy hour RM3.90 (3pm-5pm)



-gee-
gee
Tag : Food
11 Komentar untuk "Chicken Chop bajet RM5 Cafe Dr.M3, Petaling Jaya "

ha... murah tu chicken chop... yg penting sedap...

murahnyer cikencop RM5,..bawak family ramai2, mmg berbaloi ni..save bajet banyak..hehehe

murahnya chicken chop rm5.. dah lama nak makan. ajak kawan2 la pegi cari kedai ni

murah tu..portionnye sesuai la dgn harga tu

LZ baru lepas lunch, bila tengok laksa dan chicken chop terus lapar semula..
Alahai nasib baik PJ tu jauh, kalau idak memang terus menyusul demi sepinggan chicken chop dan semangkuk laksa..

Semoga tuan kedai diluaskan pintu rezeki kerana ikhlas berniaga.. aminnnn..

Jauah pulak PJ sana nun...kalau dekat mau dah berdesup pegi terjah ni :)

Comel je azeq bodek bapak dia ye. Akak tengok pun cair haha..

Moga bertambah berkat businesses & hidup Doc tu sekeluarga. Aamiin.

Murah sangat dah tu chicken chop RM5 je..
Sedapnya tengok menu tu semua..
Menarikk

Giler murah harga dia. Ingat kedai dia cokia je sekali hamek. Selesa ya amat nampaknya tu. Kalau dekat harus ana terjah terus.

mura sungguh
laksa tu nampak sedap

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top