Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Simple birthday celebration tapi 'birthday girl' demam,macam mana?

Zie Azi | 17 November 2015,17:00 |
cara buat kek minion
Kek Fina + kek mini Minion
Planning, kek minion tu nak makan malam sabtu, 1 kek untuk Azreq yang ada sejumbut rambut, 1 kek yang mata love untuk Fina. Tapi Fina dah start demam, tak jadilah nak suka sangat

Weekend dah plan nak buat makan2 sikit sekali sambut birthday girl Fina sekali, mak pun dah lama tak buat makan2 jemput sedara mara dan jiran yang terdekat je. Di hari kejadian Fina demam, hari sabtu dah rasa badan dia macam dedar sikit, ingat bagi ubat demam ok lah, sebab yakin sangat Fina seorang yang kuat akan sihat dengan cepat, dia pun menyusu badan. 

Hari birthday party tu badan dia panas 38-39 dah jerlum pun tak mau turun panas. Dah bagi PCM, basahkan badan pun sudah, panas tak turun jugak. Fina pun merengek je..yela badan tak sihat bagi macam2 pun tak layan. 

Tukar baju pun tak nak, pakai baju buruk je. Sedara mara datang semua cakap kesian kat Fina, ramai cakap nak beralih bulan la beralih tahun la. Nak dapat adik lagi lah, eh No No, nanti dulu buat masa ni, dua ni pun dah penin melayan. Sampai kan nak kencing berak pun follow jugak. Family planning tu penting, bagi budak ni besar sikit baru fikir yang lain pulak.

Gambar family pun tak de, tak de mood nak caption. Ramai tetamu yang datang, tapi tak de gambar. hu hu sedih, tapi tak pe lah kita hanya merancang Allah s.w.t yang tentukan segala-galanya.

 
Baju ni sepatutnya Fina pakai masa potong kek. 
SIL Rose yang belikan, 'tima kacih maknyah'
simple birthday party 
Candy both yang tak candy sangat, ini semua kerja adek yang set-up. Aku dah berkepit dengan Fina je, dia tak sihat merengek je la.

 birthday party 
Main campak je jelly dalam balang.

goody bag kreatif
Goody bag, adek juga yang buat.Senang ko kak long, tq adek muahh cikke

 cara masak ikan goreng sedapMenu makan tengahari
cara buat kerabu selum 
Ini kerabu daun selum, sedap & buatnya pun tak renyah. Main campak2 je

 
speghetti carbonara
 Speghetti Carbonara, ini lesap dulu. Nasib dapat rasa semangkuk, tak kempunan sangat. Kalau tak, nak pergi cari batu belah batu bertangkup, sebab kempunan tak dapat carbonara.

Dah petang sikit, tetamu tinggal sedara mara je. Hubby ajak pergi hospital, akhirnya tewas juga kena pergi hospital. Sebab as a mother tak tahu nak buat apa, panas panas tak turun, pcm dah bagi ikut timing, tapi still panas lagi. Azreq tak bawak sebab ramai sepupu dia ada, kalau tak jangan harap nak tinggal. Mengekor je si abang tu.

Jumpa Dr.V.Thenese, bagus doktor tu explain dengan details sekali. Suka dia explain bagi kita faham. Ada setengah tu tunggu dah la berjam, jumpa doktor 5 minit pun tak sampai bengkek je hati kan. 

Dos ubat yang tak cukup akan buat ubat itu tak berkesan. Betul la tu, sebab aku bagi pcm kat Fina tak ikut dos yang betul, sebab tu demam dia tak kebah. Nak explain lebih2 aku bukan pharmacist, tapi itu yang kawan pharmacist bagi tahu, nasib ramai pharmacist kat tempat kerja ni.

mainan kanak-kanak murah
Balik dari hospital terus sepupu-sepapat suruh bukak hadiah, semua tak sabar nak bukak hadiah Fina.

mainan masak-masak murah
 Gigih abah pasang dapur untuk Fina masak, yang belakang tu tunggu turn nak main 'masak2'..haaa masak2


 Antara hadiah birthday girl, ada lagi yang tak masuk dalam gambar

Esok  pagi Fina bangun dah start masak, dengan rambut kembang semangkuk terus ambil senduk nak masak 'naci woweng' katanya.. Alhamdulillah si kecik mama dah sihat.

Terima kasih kepada semua yang datang meriahkan hari jadi Fina dan kepada orang dapur yang gigih memasak, masak sendiri je. Malam layan gegar Vaganza pulak, tak reti penat ke weh..








-zie-
.......................................
Tag : Fina, Parenthood
14 Komen untuk "Simple birthday celebration tapi 'birthday girl' demam,macam mana?"

Ala kesian deman.. Btw selamat hari lahir girl

Ala kesian deman.. Btw selamat hari lahir girl

selamat hari lahir..cntik gaun peach tu..

Cantik gaun dia
Kesian lak tak dapat potong kek sebab demam. Alhamdulillah sihat fina ek.

Alahaii ciannya birthday gurl demam.. Anw Happy belated birthday ye syg... Be a gud gurl okay...:)

tq..alhamdulillah Fina dah sihat

tq untie, tu la xdpat tengok si kecik pakai gaun tu, pandang pun xnak dah

tq anis, gambar potong kek pun xde..huhuu

tq mummy, cukup tahun dia demam. mak2 cakap nak beralih tahun hihii

demam2 pun birhday ttp on kan... byk dpt hadiah tu ;-)

This comment has been removed by the author. - Hapus

tu la anies, dah jemput sedara mara buat pun ala kadar je. petang tu terus gi hospital baru ok..

demam naaaak tambah umur tu kak ehehe..
happy belated birthday Fina.. banyak nye hadiah tu.. Kekti nak tumpang main sekali.. ehehe..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top